Kenderaan elektrik (EV) dari Mini Cooper ini tidak hanya terjangkau, tetapi juga menawarkan spesifikasi yang sesuai dengan harga dan kualiti jenama BMW.
Spesifikasi Bateri
Kuasa Motor: 181 hp
Kapasiti Bateri: 28.9 kWh
Kadar Pengecasan (DC): 50.0 kW Kadar
Pengecasan (AC): 11.0 kW Jarak Perjalanan EV: 234 km
Harga : RM213,460.00
Nissan Leaf menawarkan jarak perjalanan yang memuaskan dan teknologi terkini pada kategori harga yang terjangkau
Spesifikasi Bateri
Kuasa Motor: 148 hp
Kapasiti Bateri: 40.0 kWh
Kadar Pengecasan (DC): 50.0 kW
Kadar Pengecasan (AC): 6.6 kW
Jarak Perjalanan EV: 270 km
Harga : RM168,888.00
Antara jenama kenderaan yang sering kita lihat di jalanraya, kini menawarkan beberapa variasi kenderaan elektrik (EV) buat pelanggan. Edisi e-Lite ini amatlah disyorkan bagi pelanggan bukan sahaja kerana harga yang murah, tetapi spesifikasi kenderaan juga. Jika anda berminat untuk mendapatkan spesifikasi yang lebih tinggi, anda boleh lihat Hyundai Kona ELectric e-Plus atau Hyundai Kona electric e-Max.
Berbanding dengan jenama kenderaan elektrik (EV) yang lain, Nissan Leaf juga berada di dalam kategori mampu milik dengan menawarkan jangka jarak perjalanan yang memuaskan serta teknologi terkini di dalam UX kenderaan berkenaan bagi memudahkan pemandu.
Spesifikasi Bateri
Kuasa Motor: 134 hp
Kapasiti Bateri: 39.2 kWh
Kadar Pengecasan (DC): 100.0 kW Kadar
Pengecasan (AC): 7.2 kW
Jarak Perjalanan EV: 305 km
Harga : RM149,888.00
Merupakan salah satu kendaraan BMW yang mempunyai jualan tertinggi, BMW iX3 telah di lancarkan sebagai SUV terbaru jenama berkenaan. Walaubagaimanapun, tidak banyak perubahan selain dari teknologi elektrik serta komponen kenderaan yang berkualiti tinggi seperti keluaran di Munich atau US di mana X3 dikilangkan.
Spesifikasi Bateri
Kuasa Motor: 282 hp
Kapasiti Bateri: 73.8 kWh
Kadar Pengecasan (DC): 150.0 kW Kadar
Pengecasan (AC): 11.0 kW
Jarak Perjalanan EV: 453 km
Harga : RM298,354,00 ~ RM301,414,00
Jika anda mencari kenderaan SUV yang sama seperti kualiti kenderaan X5, BMW iX adalah pilihan yang baik untuk anda. Merupakan keluaran dari Munich, kenderaan ini mempunyai kelebihan untuk mengecas bateri sepantas 10 minit dan juga lengkap dengan reka bentuk dalaman yang luas dan selesa.
Harga : RM361,430.00
Spesifikasi Bateri
Kuasa Motor: 322 hp
Kapasiti Bateri: 76.6 kWh
Kadar Pengecasan (DC): 150.0 kW Kadar
Pengecasan (AC): 11.0 kW
Jarak Perjalanan EV: 425 km
Perlukah anda memiliki kenderaan elektrik (EV)? Dan apakah kebaikan berbanding kenderaan yang menggunakan petrol?
Pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia telah meningkat secara mendadak dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini. Walaubagaimanapun, pemilik kenderaan elektrik (EV) di negara ini akan menghadapi beberapa kesulitan seperti kekurangan tempat mengecas kenderaan dan mencari bengkel yang mahir dalam mengendalikan kenderaan elektrik (EV) ketika kecemasan.
Apakah beberapa perkara yang mesti anda tahu sebelum memiliki kenderaan elektrik (EV) di Malaysia?
Bateriku.com telah memberikan servis bantuan kepada lebih dari 1 juta pelanggan sejak penubuhannya pada tahun 2014. Selama 8 tahun, Bateriku.com telah mewujudkan ekosistem yang terdiri daripada BHero, BPreneur, dan BBuddy yang merupakan tunjang utama operasi harian Bateriku.com.
Jika anda memerlukan khidmat penukaran dan penghantaran bateri kereta atau bantuan kecemasan seperti kereta rosak di tepi jalan, Bateriku sedia memberi kerjasama yang pantas untuk menyelesaikan masalah anda dan memastikan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Layari laman web www.Bateriku.com untuk maklumat lanjut mengenai servis kami!