Bateriku

Dari BHero ke BPreneur

Saya Yazid wakil BATERIKU.COM BPRENUR (BP) BANGI, telah Bersama dengan BATERIKU.COM sejak Mac 2017. Kisah saya bermula sebagai Pekerja GiG Bateriku.com atau lebih dikenali sebagai BHero yang bertanggungjawab untuk menghantar, memeriksa dan memasang bateri secara terus kepada pelanggan-pelanggan yang dilanda musibah bateri kong.

Perjalanan saya sebagai Pekerja GiG bermula kerana saya memerlukan komitmen dan fokus untuk menjaga Arwah isteri saya yang didapati diserang sakit kanser usus sejak Julai 2011 dan telah meninggal dunia pada Mei 2015.

Setelah mendapat berita tersebut, saya nekad untuk berhenti secara sukarela sebagai Pengurus Communication Network Services di DHL Asia Pacific Information Services, Cyberjaya. Saya berkhidmat di Syarikat tersebut selama 13 tahun.

Sejak 2012, bermulalah kisah saya sebagai seorang penganggur yang telah mencuba pelbagai cara untuk mencari nafkah bagi menyara keluarga dan untuk meneruskan kelangsungan hidup seterusnya.

Dalam usia 40an agak sukar untuk mendapat kerja seperti sebelumnya ditambah lagi dengan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Saya cuba berniaga secara kecil-kecilan tapi tidak konsistan  dek diapit komitmen bulanan yang tinggi dan tanggunggan anak-anak yang masih belajar di kolej.

Hendak dijadikan cerita, pada satu hari, saya ternampak posting seorang sahabat yang menceritakan kisahnya membuat penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan bateri secara terus ke rumah pelanggan.

Melangkaui Bateri

 

Pada waktu itu, saya tertanya-tanya; “Ada ke servis sedemikian kerana kebiasaannya masalah bateri biasanya diselesaikan oleh pomen-pomen di bengkel. Mana ada orang datang ke rumah pelanggan.” Saya mula curiga dan mula melayari internet untuk mendapatkan makluman lanjut dan dari situlah, kenallah saya dengan syarikat Bateriku.com, sebuah syarikat Bumiputera yang sedang giat memperkenalkan gig ekonomi ala GRAB dan Food Panda.

Saya terus menghubungi Bateriku.com dan rezeki saya pada waktu itu, saya merupakan BH 002 Bateriku.com kerana mereka baru sahaja merasmikan program BHero Bateriku.com pada waktu itu. Saya terus mendaftarkan diri dan dijemput hadir untuk menghadiri kursus latihan secara teori dan praktikal yang dianjurkan secara percuma oleh Bateriku.com.

Persediaan tersebut turut merangkum 1 hari latihan teori dan praktikal bersama Mobile Technician (MOTEC) Bateriku.com atau lebih dikenali sebagai A-Team. Mereka ini merupakan juruteknik-juruteknik terlatih Bateriku.com dan sangat berpengalaman di lapangan terutamanya dari segi teknikal dan servis mereka yang cukup tip-top melayani pelangggan-pelanggan.

beyond-car-battery

Saya habiskan lebih kurang 3 hari mengikut A-Team di sekitar Shah Alam melengkapkan servis sebanyak 35 buah kereta secara terus kepada pelanggan. Setiap yang saya pelajari saya terus praktikkan dan tambah-baik mengikut kesesuaian di lapangan.

Sebagai seorang BHero, saya dibenarkan untuk bertugas di kawasan pilihan saya dan sememangnya saya memilih untuk menjalankan perkhidmatan di sekitar kawasan perumahan saya di Bangi supaya lebih mudah untuk saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah tunggal.

Menggunakan sistem yang dikawal-selia oleh Bateriku.com serta Pusat Khidmat Panggilan 24/7 Bateriku.com, Alhamdulillah perjalanan saya telah banyak dipermudahkanNya.

Pencapaian jualan sendiri dan job yang disalurkan bateriku.com telah menaikkan nama Bateriku.com di kawasan servis saya termasuk Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya. Pada tahun pertama, Alhamdulillah, jualan saya hampir mencecah RM800K puratanya dan saya berazam untuk terus memberikan manfaat kepada pengguna kenderaan dengan moto “Road to 1M” untuk tahun-tahun berikutnya.

Alhamdulillah, pada Julai 2020, pihak Bateriku.com memberi saya peluang untuk menjadikan saya seorang BPreneur Bateriku.com. Saya amat berterima kasih dengan peluang yang diberikan dan insyaAllah saya akan terus berusaha untuk terus memberikan manfaat kepada pelanggan-pelanggan.

Dipendekkan cerita, inilah perlunya kesabaran dan semangat untuk tidak mengalah kerana rezeki itu datangnya dari Allah SWT dan saya percaya, selagi nawaitu kita adalah untuk memanfaatkan orang lain, insyaAllah setiap urusan akan dipermudahkan.

Program BHero

 

Sertai saya dalam program BHero untuk menjana pendapatan bersama Bateriku.com dengan menghubungi Network Development Bateriku.com di talian: 019-286 4535 atau emelkan minat anda ke [email protected].

Bateriku Sedia Membantu Anda

 

Jika anda mengalami masalah bateri kereta dan kereta rosak secara tiba-tiba, hubungi Bateriku.com untuk mendapatkan perkhidmatan servis pantas daripada pihak teknikal terlatih kami. 

 

Kami menawarkan penghantaran bateri kereta percuma dan juga pemasangan bateri kepada pelanggan Bateriku.

 

Jika kereta anda tidak boleh dihidupkan, hubungi kami untuk bantuan kereta rosak.  Kami akan segera datang untuk memerika dan menyelesaikan masalah kereta anda.

Random Image