Bateriku

5 TIPS JIMAT MINYAK BAGi KENDERAAN ANDA

Kadar harga petrol sering berubah dari masa ke semasa. Perkara ini menyukarkan pengguna untuk menetapkan perbelanjaan tetap bulanan mereka. Oleh sebab itu, kami telah menyediakan beberapa tips bagi anda menjimatkan penggunaan minyak kereta anda.

1. PENYELENGGARAAN KENDERAAN

Tahukah anda jika anda tidak menghantar kereta anda untuk melakukan servis penyelenggaraan pada tarikh yang ditetapkan, komponen kereta anda mungkin tidak akan beroperasi dengan lancar? Ini bukan sahaja akan mendatangkan masalah kepada jangka hayat komponen, malah ia juga memainkan peranan dalam proses pembakaran minyak di dalam kenderaan anda..

lelaki membaiki kereta

2. PERIKSA TEKANAN TAYAR KENDERAAN ANDA

Pastikan tekanan tayar kenderaan anda berada pada tahap yang betul. Tayar yang kurang angin akan meningkatkan geseran dan menyebabkan penggunaan minyak yang lebih tinggi. Sentiasa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Semak Angin Tayar

3. JANGAN BIARKAN ENGINE ANDA HIDUP BILA TIDAK DIPERLUKAN

Adalah lebih baik untuk mematikan enjin anda apabila anda tidak bergerak lebih dari 30 saat. Langkah ini berkesan bagi menjimatkan penggunaan minyak. Kereta moden juga telah mengimplimentasikan fungsi ‘Start-Stop’ ke dalam sistem kenderaan. Bukan sahaja anda dapat menjimatkan minyak, anda juga dapat menjaga jangka hayat enjin kereta.

engine stop start button

4. RINGANKAN BEBAN KENDERAAN ANDA

Ramai yang suka menyimpan barangan di dalam kereta, tetapi tahukah anda bahawa semakin berat kenderaan anda, semakin tinggi penggunaan minyak? Adalah dinasihatkan untuk hanya menyimpan barangan keperluan sahaja seperti peralatan kereta dan tayar gantian yang wajib berada di dalam simpanan kereta anda.

5. GUNA MINYAK BERKUALITI TINGGI

Penggunaan minyak berkualiti tinggi dapat meningkatkan kecekapan enjin dan mengurangkan penggunaan bahan api. Pastikan anda memilih minyak yang sesuai dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan anda.

 

Berikut ialah lima tips bagi anda menjimatkan penggunaan minyak kereta! Kongsikan kepada kami jika anda mempunyai cara lain yang mungkin lebih berkesan dan membantu.

Memastikan Pemanduan Lancar dengan Bantuan Jalan yang Dipercayai Bersama Bateriku.com

Sekiranya anda menghadapi masalah dengan kenderaan anda di jalan raya, jangan risau! Kami menyediakan perkhidmatan bantuan kereta rosak di tepi jalan yang boleh dipercayai, 24/7. Dengan hanya beberapa klik, bantuan profesional akan tiba dengan cepat untuk membantu anda mengatasi masalah anda.

 

Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran bateri kereta percuma jika anda menghadapi masalah bateri kereta.

  

Jadi, pastikan anda mempunyai Bateriku.com di dalam senarai keutamaan anda untuk penjimatan masa, wang, dan ketenangan fikiran setiap kali anda memandu.

Random Image