Bateriku

TIPS PENJAGAAN KERETA

Penjagaan kereta adalah pengetahuan penting untuk mengelakkan masalah semasa memandu. Kebanyakan pemilik hanya memberi perhatian kepada luaran kenderaan, tetapi penjagaan kereta juga perlu diutamakan untuk komponen dalaman. Di sini kami kongsikan beberapa langkah penjagaan kereta untuk semua pemandu, sama ada baru atau berpengalaman di jalan raya.

Langkah Penjagaan Kereta

TAYAR KERETA

Tayar haus boleh menyebabkan kemalangan di jalan raya. Pastikan untuk menukar tayar jika kehausan telah mencapai takat tanda. Pilih tayar berkualiti tinggi untuk keselamatan dan jimat masa hadapan.

tayar kereta

BATERI KERETA

Bateri adalah penghidup kepada semua komponen. Pastikan bateri anda diservis atau ditukar secara berkala untuk elak masalah ketika memandu. Bateriku.com menawarkan perkhidmatan penukaran bateri 24 jam di seluruh Malaysia.

batteri kereta

MINYAK ENJIN KERETA

Minyak enjin berkualiti tinggi memastikan prestasi kereta yang lancar. Pastikan memilih minyak yang sesuai dengan kegunaan dan ambil perhatian terhadap minyak tiruan. Terdapat tiga jenis minyak enjin yang harus anda ketahui. Pertama ialah bukan sintetik di mana ia harus ditukar setiap 5,000 KM. Kedua ialah minyak semi-sintetik, minyak ini boleh digunakan hingga 7,500KM manakala minyak sentetik penuh boleh digunakan hingga 15,000KM - 20,000KM.

minyak engin kereta

CECAIR TRANSMISI AUTOMATIK (AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID) KERETA

Sama seperti minyak hitam, adalah sangat penting bagi menukar ATF kenderaan anda bagi mengelakkan kerosakan komponen dalaman. Kegunaan ATF ini ialah bagi menggunakan auto gearbox. Cecair ini boleh ditukar selepas 30,000KM, tetapi jika lebih dari kadar ini, kerosakan sememangnya boleh berlaku, oleh itu sangat wajar bagi anda mengetahui kadar yang harus akan membuat penukaran ATF.

CECAIR TRANSMISI AUTOMATIK (AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID) KERETA

MINYAK GEAR KERETA

Minyak gear tidak perlu di tukar jika anda memandu kenderaan transmisi manual. Bagaimanakah untuk anda tahu bila perlu di tukar? Minyak gear harus di tukar pada setiap 40,000Km untuk kenderaan baru dan 20,000Km bagi kenderaan yang berumur lima tahun ke atas.

minyak gear kereta

TALI SAWAT (TIMING BELT) KERETA

Lebih di kenali sebagai ‘Timing Belt’, kerosakan komponen ini akan membawa kepada enjin yang berjalan tetapi kenderaan tidak bergerak. Tambahan pula, jika timing belt anda putus di jalan raya, anda tidak akan berpeluang untuk susur ke ruang kecemasan kerana stering anda akan di kunci oleh kenderaan. Jika di dapati keadaan timing belt merekah dan terdapat bunyi nyaring, anda dinasihatkan untuk segera ke bengkel yang berdekan untuk ditukar.

tali sawat

BREK PAD KERETA

Jika akan merasakan kesukaran untuk menekan brek kereta dan ia selalu tergelincir ke hadapan pabila anda melakukan brek kecemasan, kemungkinan besar brek kereta anda sudah haus. Kehausan brek ini juga bergantung kepada cara pemanduan, jika anda seorang yang sentiasa menekan brek di jalan raya, kebarangkalian untuk anda menukarnya mungkin lebih awal dari jangka masa yang telah di tetapkan. Selain itu juga, kedengaran bunyi geselan apabila menekan brek juga berpunca dari kehausan brek. Jangka penukaran brek pad ialah 3 ke 4 tahun sekali manakala brek belakang akan dapat bertahan lebih lama berbanding brek di bahagian depan.

brek pad kereta

Bateriku.com Pilihan Utama untuk Penyelamat Jalan Raya dan Penukaran Bateri Kereta di Malaysia

Berikut ialah beberapa tips penjagaan kereta bagi anda berkongsi bersama rakan-rakan anda. Kami di Bateriku.com merupakan pilihan penyelamatan jalan raya dan kami menawarkan perkhidmatan penukaran dan penghantaran bateri kereta yang utama di Malaysia. Servis kami berada di serata Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, jadi jika anda perlukan bantuan kereta rosak di tepi jalan, hubungi kami dan dapatkan servis terbaik dari kami dengan harga yang murah dan berpatutan.

Random Image