Bateriku

5 Jenis Bateri Kereta: Panduan Pilihan Terbaik Anda

Memilih jenis bateri kereta yang sesuai mungkin nampak seperti satu tugas yang mudah — masuk kedai, bayar, pasang, dan siap.

Namun, sebenarnya terdapat banyak pilihan di pasaran dan setiap jenis bateri mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Jangan ambil mudah tentang pemilihan bateri yang sesuai untuk kereta anda, kerana bukan saja kita nak pastikan kereta berjalan lancar, tetapi kita juga nak elak daripada tersadai di tepi jalan akibat bateri kereta kong.

Melalui artikel ini, kami akan membantu anda untuk mengenal pasti jenis bateri kereta yang boleh didapati di pasaran serta bagaimana untuk memilih bateri kereta terbaik mengikut keperluan kenderaan dan bajet anda.

Bateri Kereta Terbaik Astra dari Bateriku

5 Jenis Bateri Kereta: Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis bateri kereta yang popular dan sering digunakan oleh pemandu. Di sini kami kongsikan jenis-jenis utama beserta kelebihan dan kekurangannya.

1. Bateri Asid Plumbum Konvensional (Flooded Lead Acid)
2. Bateri Kering (Maintenance-Free/MF)
3. Bateri AGM (Absorbent Glass Mat)
4. Bateri EFB (Enhanced Flooded Battery)
5. Bateri Lithium-Ion

1. Bateri Asid Plumbum Konvensional (Flooded Lead Acid)

Secara amnya, ini adalah jenis bateri kereta yang paling dikenali ramai.

Kalau anda ingat, bateri kereta ini memerlukan kita untuk menambah air bateri secara berkala bagi memastikan prestasinya tetap stabil.

Kelebihan bateri asid plumbum adalah ianya murah dan mudah didapati. Bateri jenis ini biasanya digunakan untuk jenis kereta lama dan selagi kita tak lupa untuk tambah air, ianya memang mampu berfungsi dengan baik.

Namun begitu, penyelenggaraannya agak leceh. Kalau anda sejenis yang lupa untuk mempraktikkan penjagaan berkala, bateri ini mungkin bukan pilihan terbaik kerana jika dibiarkan tanpa air, prestasi akan merosot.

Selain itu, ia tidak mampu untuk bertahan lama berbanding dengan bateri moden lain, terutama dalam cuaca panas yang sering kita hadapi di Malaysia.

2. Bateri Kering (Maintenance-Free/MF)

Bateri jenis ini semakin popular kerana ia tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan air.

Anda hanya perlu pasang dan boleh abaikan soal menambah air—cukup mudah bagi mereka yang tidak mahu bersusah payah!

Bateri kering menggunakan reka bentuk tertutup yang mengelakkan penguapan, jadi anda tidak perlu risau tentang kekurangan air.

Kelemahannya? Bateri ini lebih mahal daripada bateri asid plumbum, dan ia mungkin tidak sesuai untuk kereta yang memerlukan banyak tenaga.

Kalau kereta anda besar, seperti MPV atau SUV, mungkin anda memerlukan bateri yang lebih tahan lasak.

3. Bateri AGM (Absorbent Glass Mat)

Kalau anda mempunyai kereta moden dengan teknologi “start-stop”, bateri AGM ini mungkin pilihan terbaik.

Teknologi bateri AGM direka khusus untuk mengendalikan cas yang tinggi, menjadikannya ideal bagi kereta dengan sistem “start-stop.”

Kami perhatikan bahawa bateri ini sangat tahan lasak dan mempunyai jangka hayat yang panjang, menjadikannya pelaburan jangka panjang yang baik. Namun, harganya agak tinggi berbanding dengan bateri asid plumbum atau bateri kering.

Kalau anda lebih banyak memandu di kawasan bandar dengan banyak lampu isyarat, mungkin AGM adalah pilihan yang lebih baik untuk menampung penggunaan elektrik yang tinggi.

4. Bateri EFB (Enhanced Flooded Battery)

EFB adalah satu lagi pilihan untuk kereta yang memerlukan prestasi tinggi, tetapi tidak semahal bateri AGM.

Versi ini adalah “naik taraf” daripada bateri asid plumbum dan lebih sesuai untuk kereta yang mempunyai fungsi start-stop, walaupun tidak secanggih AGM dari segi daya tahannya.

Jika anda mencari bateri yang memberikan lebih kuasa tanpa perlu penyelenggaraan yang kerap, EFB mungkin pilihan yang baik.

Namun, ia mungkin tidak sehebat AGM dalam situasi yang melibatkan kitaran cas yang tinggi.

Namun, bagi kenderaan konvensional yang memerlukan kuasa tambahan, EFB adalah pilihan baik tanpa kos yang terlalu tinggi.

5. Bateri Lithium-Ion

Popular untuk kenderaan elektrik (EV) dan hibrid kerana prestasi tinggi dan daya tahannya, bateri ini lebih ringan dan mampu mengekalkan cas dalam jangka masa lama, sesuai bagi pemilik kereta yang jarang memandu.

Dalam jangka panjang, ia juga lebih berbaloi kerana daya tahan yang lebih baik berbanding bateri konvensional.

Walau bagaimanapun, harga bateri lithium-ion agak tinggi berbanding bateri asid plumbum atau AGM. Bateri ini juga memerlukan kawalan suhu yang baik kerana kurang tahan panas. Di Malaysia, hal ini boleh menjadi cabaran, terutama bagi mereka yang sering memarkir kereta di tempat terbuka.

Secara keseluruhan, ia adalah pilihan premium, ideal untuk mereka yang mahukan prestasi jangka panjang tanpa banyak penyelenggaraan dan bersedia membayar kos lebih tinggi.

Kelebihan dan Kekurangan Setiap Jenis Bateri

Memilih bateri kereta yang sesuai sememangnya memerlukan pertimbangan teliti.

Berikut adalah kelebihan dan kekurangan secara ringkas bagi setiap jenis bateri untuk membantu anda membuat pilihan:

1. Bateri Asid Plumbum:
Murah, mudah didapati, sesuai untuk kereta biasa, tetapi memerlukan penyelenggaraan air berkala dan kurang tahan lama dalam cuaca panas.

2. Bateri Kering (MF):
Bebas penyelenggaraan, sesuai untuk yang tak mahu bersusah payah, tetapi lebih mahal dan mungkin kurang sesuai untuk kenderaan besar.

3. Bateri AGM:
Ideal untuk kereta dengan sistem start-stop, tahan lama, tetapi mahal.

4. Bateri EFB:
Pilihan tengah di antara bateri asid plumbum dan AGM. Ianya sesuai untuk kenderaan dengan prestasi lebih tinggi tanpa kos semahal AGM.

5. Bateri Lithium-Ion:
Teknologi terkini, ringan, tahan lama, tetapi paling mahal dan sesuai untuk kenderaan elektrik.

Tips Penjagaan Bateri Kereta Supaya Tahan Lama

Apa gunanya beli bateri mahal kalau kita tak jaga betul-betul, kan?

Berikut adalah beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk memanjangkan jangka hayat bateri kereta:

1. Kerap Periksa Bateri:
Sekurang-kurangnya tiga bulan sekali, periksa terminal bateri untuk memastikan tiada karat atau pengumpulan kotoran yang boleh menjejaskan cas elektrik.

2. Jangan Biarkan Enjin Dalam Keadaan Idling Terlalu Lama:
Walaupun ianya mungkin lebih senang untuk tinggalkan enjin dalam keadaan hidup untuk seketika terutamanya ketika berhenti sekejap, tetapi amalan ini boleh mengurangkan jangka hayat bateri.

3. Pastikan Bateri Sentiasa Dicas Penuh: Bateri yang sentiasa berada dalam keadaan cas rendah akan lebih cepat rosak. Jika kereta anda jarang digunakan, cas bateri dengan kerap atau keluarkan untuk simpanan yang lebih baik.

4. Tukar Bateri Bila Perlu:
Kalau anda mula perasan enjin susah nak hidup atau lampu semakin malap, ini mungkin tanda bateri perlu diganti. Jangan tunggu sampai betul-betul mati baru nak tukar!

Kod Bateri Kereta

Ianya mungkin nampak macam tulisan asing bagi sesetengah orang, tetapi kod bateri sebenarnya membantu kita memahami spesifikasi bateri tersebut.

Kod seperti NS40 atau NS60 merujuk kepada saiz dan kapasiti bateri. Dengan memahami kod ini, anda dapat pastikan bateri yang dipilih sesuai dengan keperluan kereta anda.

Membaca Kod Bateri Kereta

Ia biasanya terdapat di bahagian atas bateri. Kod ini merangkumi kombinasi huruf dan nombor yang merujuk kepada spesifikasi bateri.

Harga Bateri Kereta

Harga bateri berbeza mengikut jenis dan jenama. Secara amnya, anggaran harga bateri kereta mengikut jenis adalah:

1. Bateri Asid Plumbum:
RM150 - RM250

2. Bateri Kering (MF):
RM200 - RM350

3. Bateri AGM:
RM400 ke atas
4. Bateri EFB:
RM300 - RM450

5. Bateri Lithium-Ion:
Boleh mencecah RM1000 atau lebih

Senarai harga ini memberikan panduan kasar, tetapi harga sebenar boleh berbeza berdasarkan lokasi pembelian, promosi semasa, atau jika anda membeli secara dalam talian.

Sentiasa bandingkan harga dan pastikan anda membeli daripada penjual yang sah dan dipercayai ramai, seperti Bateriku.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Harga Bateri Kereta

1. Jenama bateri
Bateri dari jenama yang terkenal dan terbukti berprestasi baik cenderung berharga lebih mahal kerana jaminan kualiti dan daya tahan yang lebih baik.

2. Kapasiti bateri
Ianya merujuk kepada berapa banyak tenaga yang boleh disimpan oleh bateri.

Lebih besar kapasiti, lebih tinggi harga kerana ia mampu bertahan lebih lama atau menampung lebih banyak keperluan elektrik pada kenderaan anda.

3. Teknologi yang digunakan
Bateri kereta berteknologi AGM (Absorbent Glass Mat) dan lithium-ion biasanya lebih mahal kerana prestasi yang lebih unggul, seperti ketahanan yang lebih lama dan keupayaan untuk menyokong kenderaan dengan sistem start-stop.

Untuk pengguna yang hanya menggunakan kereta biasa tanpa banyak keperluan elektrik tambahan, bateri asid plumbum yang lebih murah mungkin sudah memadai.

Tetapi, bagi mereka yang mempunyai kenderaan berteknologi tinggi atau kerap memandu jarak jauh, pelaburan dalam bateri yang lebih mahal dengan kapasiti dan teknologi tinggi adalah wajar.

Pilih Jenis Bateri Kereta yang Terbaik untuk Anda!

Bateri yang tepat mengurangkan kos jangka panjang dan memastikan kenderaan anda berfungsi dengan baik setiap kali anda memulakan perjalanan.

Anda perlu melihat keperluan kenderaan, gaya pemanduan, dan bajet anda untuk mendapatkan bateri yang sesuai dan benar-benar berbaloi.

Dapatkan bateri yang paling sesuai untuk keperluan kenderaan anda pada harga berpatutan di Shopee atau TikTok rasmi Bateriku.com.

Tahukah anda, Bateriku juga menerima ‘car battery trade in’? Jadi, tukarlah bateri lama anda dengan Bateriku untuk penjimatan lebih!

Kami juga menyediakan penghantaran, pemeriksaan, dan pemasangan percuma di seluruh Malaysia. Hubungi kami segera!

Random Image