Sedarkah anda akan kepentingan memahami bila perlu tukar bateri motor? Bayangkan anda baru saja nak mulakan minggu baru anda, tiba-tiba motor tak boleh start.
Tekan butang tapi tiada bunyi langsung – cuma lampu malap yang memberi petanda bateri dah kong. Pada ketika inilah anda akan menyedari kepentingan untuk tukar bateri sebelum kong!
Bateri motor adalah komponen yang penting. Tanpa bateri yang berfungsi dengan baik, motor bukan sahaja tidak dapat dihidupkan, malah semua komponen elektrik lain akan turut terjejas.
Jadi, macam mana nak tahu bila wajar untuk tukar bateri? Jom kita kupas dengan lebih mendalam supaya anda tak perlu menghadapi situasi yang mengganggu kelancaran mobiliti anda.
Pernahkah anda cuba nak hidupkan motor, tetapi kedengaran bunyi “klik” yang lemah sahaja?
Ini berlaku akibat voltan bateri yang dah menurun. Lazimnya, situasi ini terjadi selepas motor ditinggalkan atau dibiarkan untuk satu jangka masa yang lama.
Mungkin ada yang terfikir puncanya adalah masalah plug motor atau minyak habis, tetapi sebenarnya, baterilah yang bermasalah. Kalau motor anda susah dihidupkan selepas beberapa kali percubaan, itu merupakan tanda awal bateri motor perlu diperiksa.
Satu tanda jelas bateri perlu ditukar adalah lampu dan hon motor yang menjadi lemah. Lampu utama yang malap atau hon yang berbunyi perlahan adalah petanda bahawa kuasa elektrik dari bateri tidak mencukupi.
Kalau bunyi hon motor anda macam itik tercekik — ternyata bateri sudah hampir kong!
Bateri motor mempunyai jangka hayat tertentu. Biasanya, voltan normal adalah sekitar 12V hingga 14V.
Seandainya bacaan voltan anda lebih rendah daripada normal, ia adalah pentujuk yang sesuai untuk pertimbangkan penukaran bateri. Anda juga boleh menggunakan multimeter untuk periksa sendiri status bateri di rumah.
Anda dalam perjalanan jauh dan singgah di R&R untuk mengalas perut. Ketika mahu meneruskan perjalanan, motor tak boleh start. Leceh, kan? Sebab itulah penting untuk tukar bateri sebelum kong!
Ramai tidak sedar bahawa bateri lemah boleh merosakkan komponen yang lain.
Contohnya, alternator atau regulator rectifier terpaksa bekerja lebih keras untuk mengekalkan bekalan elektrik gara-gara bateri yang tidak ditukar baru. Akibatnya, ia akan cepat rosak. Kerosakan ini pula bukan murah untuk dibaiki.
Jangan lengahkan untuk tukar bateri hanya untuk jimat kos. Regulator motor berisiko untuk rosak dan akhirnya memakan kos lebih tinggi untuk pembaikan.
Jangan lakukan kesilapan ini – tukar bateri sebelum kong adalah langkah yang wajar anda ambil!
Setiap motor memerlukan bateri dengan spesifikasi tertentu.
Kami cadangkan penggunanan bateri motor jenis gel kerana ia lebih mudah dijaga dan tahan lama.
Sebelum membeli, pastikan anda rujuk manual motor anda. Ataupun, tak perlu renyah lagi, singgah saja ke cawangan Bateriku berdekatan anda untuk dapatkan khidmat nasihat dari pakar BHero kami!
Anda pasti pernah terlintas untuk membeli bateri murah, kan? Selepas dua bulan, ia sebenarnya berkemungkinan besar akan kong lagi.
Oleh itu, melaburlah dalam bateri berkualiti seperti GGR Batteries by Bateriku.com.
Sebelum beli, tanya penjual tentang jaminan dan perkhidmatan selepas jualan. Ini penting kerana jika ada masalah, anda boleh menukar bateri tanpa kos tambahan.
Bateri motor kami bukan sahaja berteknologi canggih Aquadag & Gel, tetapi juga lengkap dengan waranti selama 10 bulan untuk jaminan tambahan.
Jika anda menggunakan bateri sel basah, ianya perlu dicas secara berkala. Gunakan pengecas pintar yang boleh berhenti mengecas secara automatik apabila bateri dah penuh.
Ini membantu elakkan bateri daripada overcharge.
Kadang-kadang, bateri tak dapat dicas walaupun dah dihubungkan dengan pengecas.
Ini mungkin disebabkan alternator rosak atau sambungan kabel longgar. Terdapat juga situasi di mana terminal bateri yang berkarat mengganggu proses pengecasan bateri.
Penggunaan aksesori tambahan seperti lampu LED berlebihan atau alat pengecas telefon boleh mempercepatkan kehabisan bateri. Gunakan aksesori tambahan ini secara berhemah dan bila perlu sahaja.
Cuba untuk lakukan pemeriksaan sendiri setiap bulan. Bersihkan terminal dengan kain lembap dan pastikan tiada kebocoran pada bateri.
Kotoran atau karat boleh menyebabkan gangguan pada aliran elektrik.
Langkah mudah ini boleh membantu bateri motor anda untuk tahan lebih lama.
Fungsi utama bateri adalah untuk menghidupkan motor dan menyokong sistem elektrik seperti lampu dan hon. Tanpa bateri, motor tidak boleh dihidupkan dengan mudah.
Harga bateri motor di Malaysia bergantung pada jenis dan jenama. Biasanya, ia bermula dari RM50 untuk model asas hingga RM300 untuk model premium.
GGR Batteries by Bateriku.com menawarkan lima kategori bateri berkualiti tinggi, dengan harga seperi yang berikut:
Kos tukar bateri motor termasuk upah pemasangan boleh mencecah RM70 hingga RM350. Sebaiknya, cari kedai yang menawarkan pakej lengkap untuk nilai terbaik.
Bateriku menyediakan caj flat-rate pada RM20 bagi servis pemasangan bateri motor atau skuter, di mana-mana cawangan Bateriku berdekatan anda!
Secara amnya, bateri motor mampu bertahan antara 1 hingga 2 tahun. Namun, jangka hayatnya boleh dipanjangkan</span< dengan penjagaan yang baik.
1. Tolak dan Hidupkan Enjin (Push Start/Bump Start)
Langkah-langkah:
1. Masukkan gear kedua motosikal (lebih mudah untuk enjin).
2. Tekan clutch dan tolak motosikal sehingga mencapai kelajuan seperti berlari.
3. Lepaskan clutch dengan cepat sambil memulas sedikit pendikit (throttle).
4. Jika dilakukan dengan betul, enjin akan hidup.
Bila Kaedah Ini Berkesan?
Kaedah ini paling sesuai digunakan di atas permukaan rata atau sedikit menurun, dan apabila bateri masih mempunyai sedikit tenaga untuk sistem pencucuhan.
2. Jump-Start dengan Bateri Lain (Kereta atau Motosikal)
Langkah-langkah:
1. Gunakan kabel jumper.
2. Sambungkan kabel merah ke terminal positif kedua-dua bateri.
3. Sambungkan satu hujung kabel hitam ke terminal negatif bateri yang berfungsi, dan hujung yang lain ke permukaan logam tidak bercat pada motosikal (bukan pada bateri).
4. Hidupkan kenderaan penderma (jika menggunakan kereta, jangan tekan pedal minyak untuk mengelakkan sistem elektrik motosikal terlebih kuasa).
5. Hidupkan motosikal.
Bila Kaedah Ini Berkesan?
Kaedah ini sesuai jika anda mempunyai akses kepada bateri lain yang berfungsi, sama ada dari kereta atau motosikal lain. Pastikan voltan serasi (kebanyakan motosikal menggunakan bateri 12V, sama seperti kereta).
3. Gunakan Portable Jump Starter
Langkah-langkah:
1. Sambungkan klip jump starter ke bateri motosikal (merah ke positif, hitam ke negatif).
2. Hidupkan jump starter dan cuba hidupkan motosikal.
3. Putuskan sambungan setelah motosikal hidup.
Bila Kaedah Ini Berkesan?
Kaedah ini sangat mudah jika anda mempunyai portable jump starter. Alat ini direka khas untuk situasi kecemasan seperti ini.
Ingatlah Bateriku bila perlu tukar bateri motor anda. Bateriku.com menawarkan bateri motor berkualiti tinggi dengan pelbagai pilihan untuk semua model motor. Lengkap dengan servis pemasangan oleh pakar supaya anda tak perlu runsing lagi.
Jangan biarkan masalah bateri mengganggu rutin harian anda. Hubungi Bateriku.com hari ini atau kunjungi cawangan Bateriku berdekatan anda.
Bila perlu tukar bateri motor? Tukar saja sebelum kong dengan Bateriku.com! Jadilah pengguna motor yang bijak.