Bateriku

Memacu masa hadapan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia

Di kala kesedaran terhadap tenaga hijau semakin meningkat, lebih ramai pengguna beralih kepada kenderaan elektrik (EV). Namun, faktor ini bukanlah pendorong utama kemajuan industri automotif ini, terutama di Malaysia.

Meskipun pengecualian cukai jualan, duti import, dan duti eksais bagi kenderaan elektrik telah diumumkan dalam Belanjawan 2021, ia juga bukanlah penentu utama kepada peralihan minat pengguna dari kenderaan konvensional kepada kenderaan elektrik.

Isu utama yang dihadapi oleh kenderaan elektrik di Malaysia adalah kekurangan stesen pengecasan.

Walau berapa banyak jenama dan model kenderaan elektrik yang dibawa masuk ke negara ini, ia seolah-olah ‘tiada fungsi’ jika stesen pengecasan masih terhad dan tidak meliputi kawasan yang lebih luas, terutama di luar bandar.

Pada hari ini, kebanyakan stesen pengecasan boleh ditemui di stesen minyak dan pusat beli-belah. Satu cara yang mudah adalah dengan memasang poin pengecasan elektrik di rumah, namun kos pemasangannya tidaklah semurah yang disangka.

Cabaran dan isu stesen pengecasan kenderaan elektrik ini akan timbul kepada pengguna jika mereka memandu jarak jauh, kerana bilangan stesen pengecasan sangat sedikit atau mungkin tiada langsung di sesetengah negeri, seperti Kelantan dan Sabah.

white ev car

Hal ini adalah jelas, tanpa sokongan stesen pengecasan, permintaan kepada kenderaan elektrik di negara ini pastinya akan berkurangan. Selain itu, bekalan kenderaan elektrik yang berterusan di Malaysia juga amat diperlukan untuk memenuhi permintaan pengguna.

Untuk memenuhi hasrat ini, pengeluar kereta nasional, Proton baru-baru ini telah bekerjasama dengan sebuah syarikat kereta elektrik untuk menjual kereta elektrik bagi pasaran Malaysia dan Thailand. Proton Edar akan menjadi pengedar dan pengimport sah bagi rantau ASEAN. Kerjasama antara Proton dan Geely, yang memegang 49.9% kepentingan dalam Proton, akan diteruskan, dengan memberi fokus kepada pengalaman syarikat pengeluar kenderaan dari China itu dalam industri EV, sekaligus membantu Proton berkembang di rantau ini. Hala tuju EV di Malaysia boleh dicapai dengan faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas.

Adalah penting untuk industri EV tempatan berkembang seiring dengan kemajuan dunia, atau paling tidak di rantau ASEAN buat beberapa tahun pertama ini.

Ingat bateri, ingat Bateriku.com! Untuk sebarang keperluan seperti penghantaran bateri kereta atau perkhidmatan bantuan kenderaan rosak, layari www.bateriku.com atau hubungi +6019-900-3181 untuk servis segera. Ikuti kami di media sosial untuk maklumat terkini dan tawaran istimewa.

 
Random Image