Bateriku.com

Jenis-jenis kenderaan elektrik 'EV' mampu milik di Malaysia

5 kenderaan elektrik (EV) yang terdapat di Malaysia.

1) MINI Cooper SE (2021)

Kenderaan elektrik (EV)dari Mini Cooper ini mempunyai kelebihan bukan sahaja dari kategori kenderaan elektrik (EV) yang mampu dimiliki malah mempunyai spesifikasi yang bersesuaian dengan harga dan kualiti jenama pengeluaran oleh BMW.

Battery Spec

Motor Horsepower : 181 hp Kapasiti Bateri : 28.9 kWh Kadar pengecasan (DC) : 50.0 kW Kadar pengecasan (AC) : 11.0 kW Jarak perjalanan EV : 234 km

Harga : RM213,460.00

2) Nissan Leaf

Berbanding dengan jenama kenderaan elektrik (EV) yang lain, Nissan Leaf juga berada di dalam kategori mampu milik yang menawarkan jangka jarak perjalanan yang memuaskan serta teknologi terkini di dalam UX kenderaan berkenaan bagi memudahkan pemandu.

Battery Spec

Motor Horsepower : 148 hp Kapasiti Bateri : 40.0 kWh Kadar pengecasan (DC) : 50.0 kW Kadar pengecasan (AC) : 6.6 kW Jarak perjalanan EV : 270 km

Harga : RM168,888.00

3) Hyundai Kona Electric e-Lite (2022)

Antara jenama kenderaan yang sering kita lihat di jalanraya, kini menawarkan beberapa variasi kenderaan elektrik (EV) buat pelanggan. Edisi e-Lite ini amatlah disyorkan bagi pelanggan bukan sahaja kerana harga yang murah, tetapi spesifikasi kenderaan juga. Jika anda berminat untuk mendapatkan spesifikasi yang lebih tinggi, anda boleh lihat Hyundai Kona ELectric e-Plus atau Hyundai Kona electric e-Max.

Berbanding dengan jenama kenderaan elektrik (EV) yang lain, Nissan Leaf juga berada di dalam kategori mampu milik dengan menawarkan jangka jarak perjalanan yang memuaskan serta teknologi terkini di dalam UX kenderaan berkenaan bagi memudahkan pemandu.

Battery Spec

Motor Horsepower : 134 hp Kapasiti Bateri : 39.2 kWh Kadar pengecasan (DC) : 100.0 kW Kadar pengecasan (AC) : 7.2 kW Jarak perjalanan EV : 305 km

Harga : RM149,888.00

4) BMW iX3 (SUV)

Merupakan salah satu kendaraan BMW yang mempunyai jualan tertinggi, BMW iX3 telah di lancarkan sebagai SUV terbaru jenama berkenaan. Walaubagaimanapun, tidak banyak perubahan selain dari teknologi elektrik serta komponen kenderaan yang berkualiti tinggi seperti keluaran di Munich atau US di mana X3 dikilangkan.

Battery Spec

Motor Horsepower : 282 hp
Kapasiti Bateri : 73.8 kWh
Kadar pengecasan (DC) : 150.0 kW
Kadar pengecasan (AC) : 11.0 kW
Jarak perjalanan EV : 453 km

Harga : RM298,354,00 ~ RM301,414,00

5) BMW iX

Jika anda mencari kenderaan SUV yang sama seperti kualiti kenderaan X5, BMW iX adalah pilihan yang baik untuk anda. Merupakan keluaran dari Munich, kenderaan ini mempunyai kelebihan untuk mengecas bateri sepantas 10 minit dan juga lengkap dengan reka bentuk dalaman yang luas dan selesa.

Harga : RM361,430.00

Battery Spec

Motor Horsepower : 322 hp Kapasiti Bateri : 76.6 kWh Kadar pengecasan (DC) : 150.0 kW Kadar pengecasan (AC) : 11.0 kW Jarak perjalanan EV : 425 km

Perlukah anda memiliki kenderaan eletktrik (EV)? Dan apakah kebaikan berbanding kenderaan yang menggunakan petrol?

Pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia telah meningkat secara mendadak di dalam tempoh dua tiga tahun ini. Walaubagaimanapun, pemilik kenderaan elektrik (EV) di negara akan terpaksa menghadapi beberapa kesukaran seperti kekurangan tempat mengecas kenderaan dan yang paling utama adalah untuk mencari bengkel yang mempunyai kepakaran di dalam mengendalikan kenderaan  elektrik (EV) di saat kecemasan.

Apakah beberapa perkara yang mesti anda tahu sebelum memiliki kenderaan elektrik (EV) di Malaysia?

Bateriku.com menawarkan servis bantuan kenderaan elektrik (EV)

Bateriku.com telah memberi servis bantuan kepada lebih dari 1juta pelanggan semenjak pertubuhan syarikat pada tahun 2014. Selama 8 tahun, Bateriku.com telah mewujudkan sebuah ekosistem yang terdiri dari BHero,BPreneur dan BBuddy yang merupakan tunjang utama bagi operasi harian Bateriku.com. Ketahui lebih lanjut mengenai fungsi ekosistem Bateriku.com

bateriku

Layari laman web www.Bateriku.com  bagi maklumat lanjut mengenai servis kami!

Random Image