Bateriku

Singgah ke Melawati Mall dan Check Kereta Secara Percuma!

Program Pemeriksaan Kenderaan Percuma di Melawati Mall

Jangan lepaskan peluang check kereta secara percuma di Melawati Mall! Kalau anda merasa was-was untuk memandu jarak jauh sebab takut kereta tiba-tiba buat hal ataupun, anda masih belum berkesempatan untuk melakukan penyelenggaran kenderaan secara berkala akibat jadual yang sibuk, jom sertai program check kereta percuma anjuran Bateriku.com, Flexi Parking, dan Smart Selangor.

Sekiranya anda berada di sekitar Lembah Klang pada hari Sabtu, 22 Februari ini, jom ke Melawati Mall dan dapatkan free checking oleh juruteknik bertauliah Bateriku.com. Sambil singgah ke shopping mall, sambil itu kereta anda diperiksa tanpa sebarang kos!

Butiran Program Check Kereta Percuma di Melawati Mall

Lokasi: Parkir berpalang MPAJ bersebelahan Melawati Mall
Waktu: 10:00 pagi - 4:00 petang
Tarikh: 22 Februari 2025
Pendaftaran: Imbas kod QR

Baucar bernilai RM30 juga menanti anda!

Check Kereta: Elak Masalah dan Kos yang Tidak Dijangka

Ramai orang hanya check kereta bila dah rosak atau bateri dah kong. Jangan tunggu sampai ada masalah baru nak periksa! Kadang-kadang, masalah kecil yang diabaikan boleh jadi punca kerosakan besar dan kos yang tinggi kalau dibiarkan terlalu lama.

Untuk membantu masyarakat lebih peka tentang kepentingan penyelenggaraan berkala, Bateriku mengadakan Program Pemeriksaan Kenderaan Percuma di seluruh Malaysia. Program ini memberi peluang kepada anda untuk:

1. Periksa kondisi kereta anda secara percuma
2. Dapatkan nasihat daripada pakar juruteknik kami
3. Kenal pasti masalah kecil sebelum ianya menjadi besar dan memakan kos tinggi

Jangan tunggu sampai terkandas baru nak check kereta! Pastikan semuanya dalam keadaan terbaik sebelum anda bergerak jauh. Elakkan terperangkap di lokasi yang tidak dijangka.

Pemeriksaan 3 Point Kereta Percuma

Pemeriksaan ini merangkumi aspek paling kritikal dalam sesebuah kenderaan – benda yang boleh buat anda ‘terkandas’ kalau tak dijaga dengan baik. Jadi, bila pakar juruteknik Bateriku periksa kereta anda, kami akan fokus pada:

1. Bateri & alternator – Ini nyawa kereta anda! Kami akan periksa voltan bateri, pastikan ia masih dalam keadaan baik, dan tengok sama ada alternator mengecas bateri dengan betul.

2. Cecair kenderaan – Semua minyak penting dalam kereta seperti minyak enjin, minyak brek, dan minyak power steering. Kalau minyak kurang atau terlalu kotor, enjin boleh cepat rosak atau brek mungkin tak mampu untuk berfungsi dengan baik.

3. Tekanan angin & kondisi tayar – Jangan ambil ringan! Tayar yang kurang angin boleh menyebabkan penggunaan petrol lebih tinggi dan risiko kemalangan meningkat. Kami akan periksa tekanan angin dan pastikan bunga tayar masih dalam keadaan baik.

4. Air wiper & coolant – Pandangan yang jelas terutamanya ketika hujan dan suhu enjin yang optimum sangat penting! Kami akan periksa sama ada air wiper mencukupi untuk memastikan cermin bersih, serta coolant untuk pastikan enjin tak overheat ketika memandu.

Jangan pandang remeh akan penyelenggaraan kenderaan kerana ia boleh menentukan risiko keselamatan anda ketika memandu.

Jom Check Kereta Secara Percuma di Melawati Mall!

Jadi, kalau anda berada berdekatan dengan Melawati Mall pada hujung minggu ini, imbas kod QR kami dan dapatkan pemeriksaan kenderaan percuma bersama Bateriku.

Anda hanya perlu:

1. Parkir di kawasan yang ditetapkan
2. Jumpa pasukan juruteknik bertauliah
Bateriku 3. Nikmati pemeriksaan kenderaan secara percuma

Jom pastikan pengalaman memandu anda lebih lancar dan selamat. Kita jumpa di Melawati Mall!

Random Image