Memilih bateri motor terbaik bukanlah semudah yang disangka. Pasti ada dalam kalangan kita yang tidak menitikberatkan soal bateri – "Janji boleh start enjin". Namun, cukuplah sekali pengalaman terkandas akibat bateri 'kong', anda akan faham betapa pentingnya memilih bateri yang sesuai.
Jadi, kalau pemilihan bateri motor terbaik adalah dilema anda sekarang, baca artikel ini!
Sebelum kita pilih, kita kena maklum dengan pilihan yang ada. Di pasaran sekarang, terdapat tiga jenis bateri motor utama:
1. Bateri Sel Basah
2. Bateri Kering
3. Bateri Gel
Setiap jenis ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.
Pengguna awal motor akan menggunakan bateri basah sebab harganya memang murah. Untuk bajet pelajar, itulah pilihan yang ada.
Tapi, bateri jenis ni memerlukan penyelenggaraan berkala. Anda kena rajin periksa paras air dalam bateri dan tambah air suling bila perlu. Kalau tak, bateri boleh cepat rosak.
Kelebihan:
- Harga lebih murah.
- Mudah didapati di mana-mana kedai alat ganti.
Kekurangan:
- Risiko kebocoran asid, yang boleh merosakkan komponen lain.
- Memerlukan penjagaan rapi.
Bagi kami, bateri basah ini sesuai kalau anda jenis yang suka DIY dan tak kisah dengan penyelenggaraan tambahan.
Kalau anda dah berpengalaman guna bateri sel basah untuk beberapa tahun, kemudian anda beralih ke bateri kering, anda pasti tahu betapa mudahnya guna bateri kering!
Bateri ini tak perlu ditambah air atau diselenggara, dan risiko kebocoran asid hampir tiada. Walaupun harganya lebih mahal, ianya berbaloi.
Kelebihan:
- Tidak memerlukan penyelenggaraan.
- Kurang risiko kebocoran asid.
Kekurangan:
- Harganya lebih mahal berbanding bateri basah.
- Jangka hayat mungkin lebih pendek, bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda mahukan bateri yang bebas penyelenggaraan, selamat digunakan, dan mampu bertahan lama, bateri gel adalah pilihan terbaik.
Walaupun bateri ini kurang dikenali, kelebihannya tidak boleh dipandang remeh.
Bateri gel adalah sejenis bateri asid plumbum, tetapi dengan elektrolit yang diperkukuhkan menjadi gel. Gel ini menjadikannya lebih stabil dan tahan gegaran, sesuai untuk motosikal yang selalu melalui jalan yang tidak rata atau berlubang.
Kelebihan:
- Bebas penyelenggaraan
- Tahan gegaran dan getaran
- Kurang risiko kebocoran
- Jangka hayat lebih panjang
Kekurangan:
- Harga lebih mahal
- Tidak sesuai untuk semua model motor
- Proses pengecasan perlu diperhatikan:
Jika pengecasan tak sesuai, ia boleh menyebabkan kerosakan pada bateri. Jadi, anda kena guna pengecas yang sesuai untuk bateri gel.
Kalau anda bawa motosikal untuk penghantaran atau "runner", bateri gel mungkin pelaburan yang baik.
Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat pilihan pembelian bateri motor baru.
Setiap motosikal ada keperluan spesifikasi bateri yang berbeza. Jangan ambil mudah perkara ini.
Contohnya, ada motosikal yang perlukan bateri 12V dengan kapasiti 6Ah. Jika anda guna bateri yang tak sesuai, ia boleh merosakkan sistem elektrik motor.
Jika anda kerap memandu jarak jauh atau dalam keadaan cuaca panas, bateri gel atau bateri kering adalah lebih sesuai.
Tapi, untuk penggunaan biasa atau bajet rendah, bateri sel basah sudah mencukupi.
Satu kesilapan yang biasa terjadi adalah memilih bateri dengan kapasiti rendah. Akibatnya, bateri cepat habis, terutama bila kami pasang aksesori tambahan seperti lampu LED.
Jadi, pastikan kapasiti bateri sesuai dengan keperluan anda.
Jawapannya bergantung kepada jenis dan jenama bateri tersebut. Harga bateri motor tidak sama kerana setiap jenis ada kelebihan dan teknologinya tersendiri.
1.Jenis Basah:
Ini pilihan paling murah, biasanya dalam lingkungan RM50 hingga RM150. Tapi ingat, ia memerlukan penyelenggaraan berkala.
2. Jenis Kering (Maintenance-Free):
Harga bateri kering pula sekitar RM80 hingga RM250, bergantung pada jenama dan model motor.
3. Jenis Gel:
Julat harga biasanya dari RM150 hingga RM350 dan dipengaruhi oleh faktor jenama, kapasiti (Ah), dan jenis motosikal yang digunakan.
Namun, tahukah anda bateri motor GGR Batteries by Bateriku.com yang berteknologi Aquadag & Gel bermula dari RM65 hingga RM110 sahaja?
Jadi, kalau anda terikat dengan bajet, bateri sel basah mungkin pilihan yang sesuai untuk anda. Tapi kalau mahukan bateri yang lebih praktikal, bateri kering atau bateri gel lebih sesuai.
Kalau soal jenama, mesti ramai yang tertanya-tanya, "Jenama mana yang paling tahan lama dan berbaloi?"
Antara jenama bateri motor yang paling dipercayai dan sering disyorkan ialah:
1. GGR Batteries by Bateriku.com:
Berteknologi Aquadag yang mengurangkan penyejatan bateri serta gel yang menjadikan bateri lebih stabil dan bebas risiko kebocoran asid.
2. Yuasa:
Jenama terkenal dengan ketahanan dan kualiti.
3. Motobatt:
Popular dengan bateri kering dan teknologi canggih.
4. Exide:
Jenama ini sering dilihat sebagai alternatif kepada Yuasa.
5. Amaron:
Pilihan yang semakin meningkat popularitinya, terkenal dengan jangka hayat yang lama.
Pernah tak anda cuba start motor, tapi enjin susah nak hidup? Kalau ya, besar kemungkinan bateri anda dah lemah. Tanda bateri motor lemah yang paling biasa ialah:
- Enjin susah nak hidup :
Anda perlu cuba banyak kali untuk menghidupkan enjin.
- Lampu isyarat malap:
Lampu signal atau lampu utama jadi lebih malap dari biasa.
- Bunyi hon perlahan:
Kalau hon berbunyi lemah, itu petanda bateri anda dah 'nazak'.
Kalau anda perasan mana-mana tanda ni, cepat-cepatlah periksa bateri. Kadang-kadang, ia boleh disebabkan terminal bateri yang kotor, jadi cuba bersihkan dahulu.
Kalau masih tak berjaya, tukar saja sebelum kong dengan Bateriku.com!
Berikut adalah anggaran jangka hayat bateri motor mengikut jenis:
1. Bateri Sel Basah: 1 hingga 3 tahun (dengan penjagaan berkala).
2. Bateri Kering (Maintenance-Free): 2 hingga 4 tahun.
3. Bateri Gel: 3-5 tahun.
Kalau anda guna motor setiap hari atau selalu terperangkap dalam kesesakan trafik, jangka hayat bateri mungkin lebih pendek.
Sebab itulah penting untuk memilih bateri yang sesuai dengan kegunaan harian anda.
Motosikal LC135 memang popular di Malaysia, jadi pasti ramai yang nak tahu berapa harga baterinya.
Harga bateri motor LC135 bergantung pada jenis bateri yang anda pilih:
1. Bateri Sel Basah: RM80 - RM120.
2. Bateri Kering: RM100 - RM180.
3. Bateri Gel: RM65 -RM75 sahaja, dengan bateri motor GGR Batteries by Bateriku.com.
Kalau anda jenis rider harian, kami syorkan penggunaan bateri gel. Ia lebih praktikal sebab tak perlu penyelenggaraan dan terbukti tahan lebih lama.
Untuk Honda EX5, bateri yang biasa digunakan ialah bateri kering, bateri gel, dan bateri sel basah. Saiz dan kapasiti bateri yang diperlukan untuk Honda EX5 ialah sekitar 12V dan 4Ah hingga 5Ah.
Pilihan yang bagus dan praktikal adalah bateri gel YB5L-BS, sejenis bateri tahan lama keluaran GGR Batteries by Bateriku.com, pada harga RM75 sahaja. Lengkap dengan jaminan waranti 10 bulan!
Kalau nak lebih jimat, anda boleh pertimbangkan bateri jenis basah, tapi pastikan anda betul-betul rajin dan berdisiplin untuk sentiasa periksa air bateri dan bersihkan terminal bateri untuk mengelakkan kakisan.
Untuk motor skuter, jenis bateri yang biasa digunakan ialah bateri kering. Sebabnya, skuter direka untuk lebih ringan dan padat, jadi bateri yang kecil dan praktikal lebih disukai.
Kapasiti bateri skuter biasanya sekitar 12V dan 6Ah, tapi ada juga skuter tertentu yang memerlukan bateri dengan kapasiti yang lebih tinggi. Sebelum beli, pastikan anda periksa spesifikasi motosikal anda terlebih dahulu.
Kalau anda perasan, saiz bateri motor selalunya ditulis dalam format seperti YTX5L-BS atau YTX7A-BS.
Apa maksud kod ni? Sebenarnya, kod tersebut merujuk kepada jenis, saiz, kapasiti dan rekaan terminal bateri.
- YTX5L-BS:
"YTX" ialah jenis bateri, "5L" merujuk kepada kapasiti, dan "BS" menunjukkan reka bentuk terminal.
- YTX7A-BS:
Kapasiti lebih besar berbanding YTX5L-BS.
Sebelum anda beli bateri baru, pastikan kod bateri baru sama dengan kod bateri lama. Kalau tersilap beli, besar kemungkinan ia tak muat dalam ruang bateri motosikal anda.
Tak pasti nak beli bateri motor kat mana? Kunjungi saja mana-mana 200 cawangan Bateriku berdekatan anda. Memilih bateri motor yang sesuai memang penting, lebih-lebih lagi kalau anda guna motor setiap hari.
BHero kami terlatih dan sentiasa on-standby untuk menawarkan pandangan serta servis professional untuk anda. Dengan memilih bateri yang tepat, anda boleh jimat untuk jangka masa yang lebih panjang.
Ingat, tak semua bateri sama. Pilih jenis yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
Kalau anda tak pasti, Bateriku.com sentiasa sedia membantu. Dengan perkhidmatan pemasangan pada caj flat-rate RM20 di lokasi serta jaminan waranti selama 10 bulan, anda tak perlu risau lagi tentang masalah bateri.
Tukar sebelum kong dengan Bateriku.com. Hubungi saja kami dan selebihnya akan diuruskan untuk anda! Jadi, jangan tunggu sampai bateri motor anda betul-betul mati. Bertindak awal dan pastikan motosikal anda sentiasa bersedia untuk perjalanan yang lancar dan selesa.