Apabila bercakap tentang penjagaan kereta, salah satu soalan yang sering diajukan ialah, “Bateri kereta berapa volt?”. Artikel ini akan menjawab soalan tersebut serta beberapa fakta lain yang menarik mengenai voltan bateri kereta.
Jom kita fahami topik ini dengan lebih lanjut!
Mungkin ramai di antara kita tahu yang bateri kereta itu penting, tetapi sejauh mana sebenarnya pemahaman anda tentang peranannya? Secara asasnya, bateri kereta bertindak sebagai jantung kepada sistem elektrik kenderaan anda.
Ibarat telefon pintar, tiada bateri, tiadalah fungsi. Tapi bezanya, kereta bukan sekadar "mati" tanpa bateri, malah, pelbagai sistem lain seperti radio, penyaman udara, malah sistem kunci automatik juga tidak akan berfungsi.
Voltan bateri adalah seperti laporan kesihatan untuk kenderaan. Bayangkan anda baru saja nak keluar rumah, tapi enjin tidak mahu hidup. Atau, lebih membahayakan, lampu malap ketika anda sedang memandu pada waktu malam.
Itu semua adalah petanda voltan bateri bermasalah, atau tidak berada pada peratusan yang optimum. Jadi, memahami voltan bateri bukan hanya penting untuk mekanik!
Ianya penting untuk semua pemilik kenderaan, termasuk anda.
Untuk voltan standard, majoriti kereta menggunakan bateri 12V. Bateri 12V mencukupi untuk menampung sistem kereta penumpang biasa.
Namun, sekiranya anda memandu lori atau bas, bateri 24V diperlukan kerana sistem elektrik kenderaan yang besar adalah lebih kompleks.
Perbezaannya terletak pada jenis kenderaan. Sebagai contoh, kereta biasanya menggunakan bateri 12V dan ianya mencukupi untuk radio, lampu, dan penyaman udara.
Tetapi untuk mereka yang memandu kenderaan komersial atau berat seperti lori dan bas, tanpa bateri 24V, fungsi penting seperti sistem brek udara tidak mampu beroperasi.
Saranan kami adalah anda periksa voltan bateri setiap 3-6 bulan atau sebelum memulakan perjalanan jauh.
Jika kereta anda menunjukkan tanda bateri kereta kong, seperti lampu malap atau kesukaran menghidupkan enjin, segera periksa voltannya.
Untuk memeriksa voltan bateri, anda memerlukan alat seperti multimeter. Ia mudah digunakan dan boleh didapati di Bateriku.com atau kedai alat ganti kereta berdekatan anda.
Jangan risau, memeriksa voltan bateri bukanlah serumit yang anda sangka. Dengan peralatan yang tepat seperti multimeter, anda boleh lakukan pemeriksaan sendiri di rumah.
1. Pastikan enjin dimatikan sepenuhnya. Ini penting untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
2. Sambungkan wayar merah multimeter ke terminal positif bateri dan wayar hitam ke terminal negatif. Jangan terbalik ya, sebab boleh menyebabkan litar pintas!
3. Perhatikan bacaan pada multimeter. Kalau voltannya 12.5V ke atas, itu tandanya bateri masih okay.
Tip tambahan: Jadikan pemeriksaan bateri ini rutin, mungkin setiap 3 bulan sekali, terutamanya sebelum perjalanan jauh. Jangan tunggu hingga kereta tiba tiba mati semasa memandu di lebuh raya, nanti menyesal!
- 12.5V ke atas: Bateri dalam keadaan baik.
- 12.4V ke bawah: Bateri memerlukan cas.
- 11.9V atau lebih rendah: Bateri lemah dan mungkin perlu diganti.
1. Penggunaan aksesori kereta tanpa menghidupkan enjin.
2. Kerosakan pada alternator.
3. Bateri sudah melebihi jangka hayatnya.
Ya! Voltan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan serius pada komponen elektronik seperti ECU.
Alternator kereta berfungsi untuk menghasilkan tenaga elektrik dan mengecas semula bateri kereta semasa enjin dihidupkan. Alternator memainkan peranan penting dalam memastikan semua komponen elektrik kenderaan, seperti lampu, penghawa dingin, radio, dan sistem elektronik lain, berfungsi dengan lancar tanpa menghabiskan tenaga bateri sepenuhnya.
Pastikan alternator kereta anda berfungsi dengan baik. Terdapat situasi di mana pelanggan perlu membayar ribuan ringgit kerana alternatornya tidak dikalibrasi dengan betul.
Oleh itu, buatlah pemeriksaan berkala untuk alternator kenderaan anda.
Bateri kereta biasanya beroperasi pada 12.6 hingga 12.8 volt bila penuh. Kalau bacaan turun bawah 12 volt (contohnya, 11.8 atau kurang), itu tanda bateri kereta kong.
Tapi jangan terus panik, buat pemeriksaan dengan enjin hidup dulu. Bacaan normal dengan enjin hidup patut beradadalam lingkungan 13.7 hingga 14.7 volt. Kalau masih rendah, maksudnya dah sampai masa untuk tukar bateri kereta anda.
Pelajari cara tukar bateri kereta di sini.
1. Kereta susah nak start: Bunyi enjin macam lemah.
2. Lampu dashboard malap: Lepas start enjin, lampu malap.
3. Bau pelik: Macam bau sulfur atau telur busuk, sebab bateri bocor atau overheat.
4. Bateri kembung: Kalau bateri dah bengkak, ini tanda serius anda kena tukar bateri.
5. Umur bateri dah tua: Kalau lebih 2-3 tahun, elok bersedia untuk ganti.
Untuk bacaan terperinci berkenaan tanda bateri kereta kong, klik artikel ini.
Harga bateri kereta bergantung pada jenis dan jenama. Untuk bateri biasa (wet cell), harganya boleh bermula dari RM200 hingga RM400.
Bateri bebas penyelenggaraan (maintenance-free) biasanya lebih mahal, sekitar RM300 ke RM600. Jenama premium atau bateri untuk kereta mewah boleh mencecah RM1000. Tapi jangan risau, kami di Bateriku boleh bagi cadangan ikut bajet dan keperluan anda.
Secara purata, bateri kereta tahan antara 2 hingga 3 tahun. Tapi, kalau anda jaga dengan baik, contohnya, tak biar lampu terbuka bila kereta tak jalan atau buat pemeriksaan berkala, bateri boleh tahan lebih lama.
Cuaca juga main peranan. Bateri lebih cepat habis kalau kereta kerap terdedah kepada suhu panas melampau.
Baca artikel berkenaan bateri kereta tahan berapa lama di sini.
Bacaan bateri lemah biasanya di bawah 12.4 volt. Kalau dah sampai 11.8 volt atau kurang, itu memang tanda bateri dah sangat lemah dan perlu ditukar segera. Jangan tunggu sampai kereta tak boleh start.
Tukar sebelum kong dengan Bateriku.com!
Bateri kering atau ‘maintenance-free battery’ biasanya tahan antara 2 hingga 3 tahun. Tapi ini bergantung pada cara penggunaan kereta dan cuaca. Bateri kering tak perlu tambah air, jadi lebih mudah dijaga.
CCA atau Cold Cranking Amps ialah kekuatan bateri untuk hidupkan enjin dalam cuaca sejuk. Bacaan CCA bergantung pada jenis kereta, tapi kebanyakan kereta biasa perlukan CCA antara 300 hingga 600. Untuk kereta mewah atau SUV, bacaan boleh cecah 800 atau lebih.
Kebanyakan bateri kereta standard mempunyai kapasiti antara 45 hingga 90 ampere-jam (Ah), bergantung pada model kereta anda. Maksudnya, bateri boleh menghantar kuasa selama 1 jam pada ampere tersebut.
Alternator biasanya menghasilkan bacaan volt antara 13.7 hingga 14.7 volt apabila enjin hidup. Kalau bacaan bawah 13 volt, itu petanda yang alternator mungkin bermasalah. Alternator yang ‘sihat’ sangat penting sebab ia berfungsi untuk mengecas bateri kereta anda sambil kereta bergerak.
Ah (ampere-jam) menunjukkan kapasiti bateri. Contohnya, kalau bateri anda 60Ah, maksudnya ia boleh bekalkan tenaga 60 ampere selama 1 jam. Lagi tinggi Ah, lagi banyak tenaga bateri boleh simpan.
Kalau bateri dah kurang daripada 50% kapasiti (biasanya sekitar 12.4 volt atau lebih rendah), itu tanda anda dah perlu tukar bateri baru. Kunjungi Bateriku.com berdekatan anda untuk pemeriksaan bateri secara percuma sahaja!
Memahami bateri kereta berapa volt adalah langkah awal yang penting untuk memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang optimum dan seterusnya, sentiasa berfungsi dengan lancar. Periksalah bateri secara berkala untuk mengelakkan masalah seperti kereta mati tiba tiba.
Jika anda memerlukan bateri baru atau perkhidmatan pemeriksaan, Bateriku.com sedia membantu! Penghantaran, pemeriksaan, dan pemasangan bateri adalah percuma. Hubungi kami untuk servis cepat dan profesional!
Tukar sebelum kong dengan Bateriku.com.