Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini mengumumkan data jualan kereta baharu di Malaysia setakat Mei 2021 iaitu sebanyak 46,663 unit, penurunan sebanyak 11,249 unit atau 19.4% jika dibandingkan dengan jualan April 2021 sebanyak 57,912 unit.
Di Bateriku.com, penambahbaikan berterusan sentiasa diutamakan dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk mendapatkan maklum balas daripada pelanggan kami untuk sentiasa menambah baik dan menambah nilai perkhidmatan yang kami sediakan.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan satu tinjauan (survey) yang dijalankan bersama pelanggan kesayangan kami di Bateriku.com, ramai di kalangan mereka sedang aktif meninjau untuk mencari kereta terpakai atau kereta 2nd hand semenjak bermulanya PKP 3.0 ini. Medium pencarian mereka tertumpu kepada ‘Online’ menerusi blog-blog kereta terpakai ataupun melalui laman sesawang kegemaran Netizen seperti Mudah.my.
Daripada maklumat yang telah kami terima, terdapat dua jenis kenderaan yang menjadi tumpuan iaitu Perodua Bezza Advance (1.3) (BEZZA) dan Proton Saga Premium (1.3) (SAGA). Jadi izinkan kami di Bateriku.com untuk berkongsi sedikit sebanyak perbandingan yang kami harap dapat membantu para pembaca, terutamanya yang sedang berada dalam dilema sama ada untuk memilih Proton Saga Premium ataupun Perodua Bezza Advance.
Apabila membicarakan perihal enjin, dua perkara utama telah kami bandingkan di antara dua model pilihan ramai ini, termasuk:
– Aplikasi enjin
– Nisbah mampatan
Ia juga dikenali dengan nama teknologi eco idle di mana sistem ini akan mematikan enjin ketika di perhentian lampu isyarat dan menghidupkan semula enjin secara automatik apabila pedal minyak ditekan atau pedal brek dilepaskan. Aplikasi teknologi ini amat bersesuaian untuk menjimatkan petrol terutamanya di dalam trafik bandar dan di antara kedua model ini, hanya Bezza yang mengaplikasikan teknologi ini.
Dari segi bateri, Perodua Bezza Advance menggunakan bateri bersaiz M42. Di Bateriku.com, kami menawarkan 3 produk bateri M42 iaitu Varta Blue EFB M42L (RM373.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM), Amaron Hi Life Duro M42L (RM31.00, 12 bulan waranti / 20,000 KM), dan Bosch Hightech EFB M42L (RM338.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM). Kesemua harga yang dimaklumkan adalah harga selepas penolakan harga bateri lusuh atau bateri lama sebanyak RM20.00.
Proton Saga Premium pula menggunakan saiz bateri yang lebih banyak dipasaran iaitu NS60R/L. Di Bateriku.com kami menawarkan 5 produk NS60R/L iaitu daripada jenama Eksklusif Bateriku.com, PLATIN (RM220.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM), Varta Black (RM253.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM), Amaron (RM243.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM), Century (RM230.00, 18 bulan waranti / 25,000 KM), XP (RM185.00, 12 bulan waranti / 20,000 KM).
Kesemua terma waranti produk Bateriku.com tertakhluk kepada tempoh pembelian atau catatan mileage kenderaan selepas pembelian atau mana-mana yang sampai terlebih dahulu.
Dengan bantuan waranti di seluruh Malaysia, sekiranya Bezza atau Saga anda menghadapi masalah di Perlis meskipun pembelian dan pemasangan dibuat di Kuala Lumpur, Bateriku.com menerusi wakil pengedarnya di Perlis akan tiba ke lokasi anda kurang daripada 30 minit untuk menyelesaikan masalah anda. Anda tidak perlu untuk membawa bateri tersebut ke Kuala Lumpur semula.
Tambahan lagi, pelancaran aplikasi mobil baru Bateriku.com turut menyediakan bantuan selepas pembelian selama 24 jam.