Bateriku

Cipta kandungan kreatif berkaitan BATERI ASTRA atau GGR untuk berpeluang menjadi pemenang!

*Tertakluk kepada terma & syarat

Minggu 1: RM1000 x 2 PEMENANG
Minggu 2: RM1000 x 2 PEMENANG
Minggu 3: RM1000 x 2 PEMENANG
Minggu 4: RM1000 x 4 PEMENANG

Durasi Kempen

23 NOVEMBER - 20 DISEMBER 2024

Terma & Syarat Penyertaan

1. Tempoh kempen #CutiCutiBateriku bermula dari 23 November hingga 20 Disember 2024.

2. Dua pemenang akan dipilih setiap minggu:
  • 1 pemenang bagi kategori bateri kereta Astra.
  • 1 pemenang bagi kategori bateri motor GGR.

Pada minggu terakhir, 4 pemenang akan dipilih:
  • 2 pemenang bagi kategori bateri kereta Astra.
  • 2 pemenang bagi kategori bateri motor GGR.

3. Pengumuman pemenang akan dibuat setiap hari Jumaat malam melalui media sosial Bateriku.com di Facebook dan Instagram, selepas penilaian mingguan ditutup pada pukul 12 tengah hari Jumaat.

4. Pemenang akan dihubungi melalui WhatsApp dan media sosial mereka ketika LIVE. Jika tiada maklum balas sewaktu LIVE, pemenang lain akan dipilih dan diumumkan berdasarkan kelayakan.

5. Hadiah bagi setiap pemenang adalah:
  • Bajet percutian sebanyak RM1,000.
  • T-shirt eksklusif dari Bateriku.com.

6. Terma dan syarat kempen ini mungkin diubah tanpa notis terlebih dahulu mengikut budi bicara pihak penganjur.

Cara Penyertaan

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelanggan yang telah membeli Bateri Kereta Astra atau Bateri Motor GGR, atau yang merancang untuk menukar bateri (Astra atau GGR) dalam tempoh kempen berlangsung.

2. Peserta perlu menghasilkan kandungan kreatif dalam bentuk video atau gambar, dengan syarat kandungan tersebut memaparkan bateri kereta Astra atau bateri motor GGR. Kandungan boleh bertemakan apa sahaja, tetapi perlu menyertakan ringkasan perancangan percutian peserta untuk tahun ini.
3. Muat naik kandungan kreatif tersebut ke media sosial dengan menggunakan hashtag #cuticutibateriku dan tag akaun media sosial Bateriku.com.

4. Setiap pembelian layak untuk satu penyertaan, dan setiap penyertaan membolehkan satu kandungan kreatif dikongsi ke semua platform media sosial peserta.

5. Selepas memuat naik kandungan, peserta perlu melayari laman web Bateriku.com dan menghantar butiran penyertaan melalui WhatsApp dengan maklumat berikut:
  • Nama penuh
  • Nombor telefon
  • Nombor plat kenderaan
  • Pautan siaran (untuk setiap platform media sosial)

Cara Pemenang Dipilih

1. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah ‘engagement’ tertinggi yang diperoleh melalui ‘share’ dan ‘comment’ dari semua platform media sosial yang digunakan, dengan penilaian dilakukan setiap minggu.


2. Penyertaan yang tidak menang pada minggu pertama masih berpeluang untuk menang pada minggu-minggu seterusnya, bergantung kepada engagement tertinggi pada waktu penilaian.


3. Pemenang minggu sebelumnya juga berpeluang untuk memenangi hadiah pada minggu-minggu seterusnya sekiranya terdapat penyertaan baru yang dihantar dengan kandungan yang berbeza. Sila rujuk Cara Penyertaan untuk syarat penyertaan.


4. Pihak penilaian akan menilai secara keseluruhan semua platform media sosial yang digunakan, dengan syarat pautan (link) telah diberikan semasa menghantar maklumat melalui WhatsApp.

Senarai Pemenang

"Mungkin anda adalah pemenangnya"

Kereta rosak?
Muat turun aplikasi Bateriku hari ini

Bandingkan harga, semak jaminan dan jejak juruteknik kami dengan aplikasi Bateriku

Random Image