Bateriku

24/7 Bantuan Kereta Rosak Tepi Jalan di Malaysia

Kereta rosak? Di Bateriku.com, kami menyediakan Bantuan Tepi Jalan atas permintaan di tapak kepada pelanggan kami di seluruh Malaysia.

Dari penukaran bateri kereta, jumpstart, menampal atau mengganti tayar, pengisian minyak kereta, kereta terkunci, dan juga perkhidmatan menunda, juruteknik kami yang pakar, BHeros bersedia untuk memberikan perkhidmatan kecemasan di tepi jalan yang anda perlukan, pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Servis Kami

Penukaran Bateri Kereta

BHero kami akan menukar bateri kenderaan anda di lokasi, dan juga menawarkan pelbagai pilihan bateri yang besesuaian bagi kenderaan anda.

'JumpStart' Bateri Kereta Anda

Bateriku kereta anda mati? BHero kami akan melakukan servis 'jumpstart' untuk membantu anda. Kami menggunakan peralatan pakar bagi memastikan perjalanan anda selamat tidak kira jenis kenderaan.

Penampalan Tayar dan Gantian

Tayar pancit? Juruteknik kami pakar dalam penukaran tayar kereta dengan pantas. Kami juga boleh membantu mengenalpasti kerosakan dan mengesyorkan langkah seterusnya.

Pengisian Minyak

Tidak perlu menumpang atau menunggu trak tunda. BHero kami akan tiba di lokasi untuk mengisi minyak kenderaan anda untuk anda meneruskan perjalanan.

Perkhidmatan Trak Tunda

Kami mengendalikan kumpulan trak tunda untuk membantu anda 24/7. Tidak kira kereta rosak, kemalangan, atau bantuan mengalihkan kenderaan, Bateriku.com akan membantu menunda kenderaan anda ke lokasi selamat.

Tukang Kunci Kereta

Pernah terkunci luar kenderaan anda? Kami menawarkan khidmat kecemasan bagi kenderaan yang terkunci. Memastikan anda dapat meneruskan perjalanan.

Bateriku.com mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam memberi khidmat bantuan jalan raya, dan telah berkhidmat sebanyak lebih dari 1.5 juta pelangan di seluruh negara.

Maklum Balas Pelanggan

Jimmy Ong
Jimmy Ong
Read More
This is my second time buying from them. Fast response and excellent services.Their installer were very friendly and share with us lots of infos regarding the battery and our car conditions too.
Tawfik Mohamad
Tawfik Mohamad
Read More
Abang Along bagus penerangan..harga pun murah dengan warranty 1.5tahun…power bak hang.
Halim Meskam
Halim Meskam
Read More
Bateriku memberi servis yang terbaik..mempunyai pengetahuan yang boleh dipercayai..harga yang berpatutan.
Iqbal Hakimi
Iqbal Hakimi
Read More
Service laju, affordable, memudahkan semua orang.
paveethra gandhimani
paveethra gandhimani
Read More
First time using Bateriku. I've got good advises on battery details. He even let me know about the type I should use for my car. Very helpful. Good customer service. 5 star.

Lokasi Kami

Bateriku.com kini mempunyai hampir 200 lokasi pitstop di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak. Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan kami melalui rakan kongsi kami yang dipercayai! Cari lokasi Bateriku.com berhampiran anda di bawah!

Dapatkan Bateri Kereta Yang Tepat Untuk Kenderaan Anda

Tidak pasti bateri kereta yang mana sesuai untuk kenderaan anda? Klik di bawah untuk ketahu jenama dan jenis bateri yang bersesuaian!

Mengapa Pilih Kami?

1. Perkhidmatan 24/7

Kerosakan kereta boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Bantuan Tepi Jalan Bateriku.com tersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa, siang atau malam. Tidak perlu risau lagi menunggu bantuan pada waktu yang sukar.

2. Liputan Seluruh Negara

Sama ada anda berada di pusat bandar yang sibuk atau kawasan luar bandar yang terpencil, rangkaian BHeros Bateriku.com yang luas memastikan anda tidak pernah jauh dari bantuan.

3. Pakar Yang Dipercayai

Tidak harus risau lagi, seorang pakar yang berkelayakan akan tiba untuk mengendalikan situasi dengan cekap dan memastikan anda kembali memandu jalan raya dengan selamat.

4. Perkhidmatan Pantas dan Boleh Diharap

BHeros kami mengutamakan masa respons yang cepat supaya anda tidak menunggu lama, dan memastikan anda dapat kembali meneruskan perjalanan ke destinasi anda secepat mungkin.

sos icon
sos bateriku

Soalan Lazim

Masa respons kami boleh berbeza bergantung pada lokasi dan keadaan trafik. Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk mendapatkan juruteknik kami kepada anda secepat mungkin, biasanya kami mengambil masa selama 30-60 minit untuk tiba ke lokasi anda.

Perkhidmatan bantuan tepi jalan kami merangkumi liputan di seluruh Malaysia.

BHeros kami boleh menyediakan perkhidmatan bantuan asas di tepi jalan. Jika kereta anda memerlukan pembaikan yang lebih kompleks, mereka boleh membantu mengaturkan penundaan kereta anda ke BGarage kami atau Rakan Kongsi BBuddy Bateriku yang berdekatan atau mana-mana bengkel pilihan anda.

Kami menerima pelbagai kaedah pembayaran, termasuk wang tunai, kad kredit, kad debit, e-wallet, FPX, dan Paylater untuk pelan ansuran.

Kami mempunyai kumpulan trak tunda yang mampu mengendalikan pelbagai jenis saiz kenderaan. Sila nyatakan jenis kenderaan anda semasa meminta bantuan menunda untuk memastikan kami menghantar trak tunda yang sesuai.

Anda boleh cuba menghidupkan kereta anda sendiri jika anda mempunyai kabel jumpstart dan seseorang untuk membantu anda. Walau bagaimanapun, jika anda tidak selesa berbuat demikian, atau jika anda tidak mempunyai kabel jumpstart, sebaiknya hubungi Bateriku.com untuk membantu menghidupkan kereta anda. Selamat dan boleh dipercayai.

Jika bateri kereta anda memerlukan jumstart berulang kali, ini mungkin tanda bahawa bateri itu telah rosak dan perlu diganti. Juruteknik kami boleh menilai bateri kereta anda menggunakan alatan dan peralatan pemeriksaan bateri kereta, dan mereka akan mengesyorkan langkah seterusnya yang terbaik untuk anda. Sila dapatkan pendapat kedua jika anda tidak pasti.

Kereta rosak?
Muat turun aplikasi Bateriku hari ini

Bandingkan harga, semak jaminan dan jejak juruteknik kami dengan aplikasi Bateriku

Random Image