Bateriku

DARAH, PELUH DAN AIR MATA BERMULA DI SINI

AKADEMI BATERIKU KAMI

Di Bateriku.com, kami menyasarkan untuk memberikan Pengalaman Pelanggan yang Hebat, Setiap Masa, Sepanjang Masa. Akademi Bateriku berdedikasi untuk mendidik rangkaian kami di seluruh negara untuk menyelaraskan setiap pengalaman pelanggan kami.
Di Akademi Bateriku, kami menawarkan program latihan automotif komprehensif yang diperakui oleh Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Melalui infrastruktur yang diwujudkan yang merangkumi bilik kelas (teori) dan garaj fizikal, pelatih akan mempelajari kemahiran penting menggunakan peralatan dan teknologi dalaman yang canggih, dipandu oleh pakar industri.
Sehingga kini, Akademi Bateriku telah melatih lebih 1,000 BHero (Gig Technicans), 100 BPreneurs (Usahawan) dan BBuddy (Rakan Bengkel) untuk belajar, belajar semula dan meningkatkan kemahiran diri
Akademi Bateriku juga telah menyelesaikan pelbagai program latihan dengan agensi kerajaan iaitu PUNB Autopro, MARA Pembangunan Usahawan dan Petronas AutoExpert
Ekosistem kami adalah asas kepada misi kami, memastikan pasukan kami bukan sahaja mahir dalam teknik automotif terkini tetapi juga mahir dalam perkhidmatan pelanggan, sekali gus menjamin Pengalaman Pelanggan yang Hebat, Setiap Masa, Sepanjang Masa.
Random Image