Masalah kenderaan rosak? Bateriku.com mempunyai liputan terluas di Malaysia, di mana BHero kami akan tiba di lokasi anda dalam masa 30 hingga 60 minit. Kami menyediakan servis pemeriksaan, pemasangan dan penghantaran bateri motosikal. Sekiranya bukan masalah bateri motosikal, tiada bayaran dikenakan!
Bateriku.com menyediakan perkhidmatan terus ke lokasi anda untuk lebih daripada 1.5 juta pelanggan di Malaysia, menawarkan perkhidmatan penggantian bateri motosikal yang lengkap termasuk penghantaran, pemeriksaan, dan penggantian.
Kami juga menyediakan sokongan selepas jualan yang boleh dipercayai dan pengurusan jaminan dengan liputan di seluruh negara. Jika masalah anda bukan disebabkan oleh bateri, jangan risau, kami akan hubungkan anda dengan rakan kerjasama bantuan tepi jalan dan bengkel kami di seluruh negara.
We deliver the motorcycle battery to your location, perform a comprehensive check, and install it.
Kami menyediakan servis bantuan jalan raya, daripada penukaran bateri, 'jump-start', dan banyak lagi.
Kami menawarkan pelbagai jenis bateri motosikal daripada jenama terkenal. Pilih bateri motosikal yang paling sesuai untuk keperluan kenderaan anda.
Semua bateri motosikal kami disertakan dengan jaminan seluruh negara yang sah di Malaysia dan Singapura.
Mempunyai masalah pembelian? Kami sedia membantu menyelesaikan masalah anda pada bila-bila masa.
Our services and products are accessible on web, mobile apps, all of our official social media platforms and marketplaces like Shopee.
Bateriku.com mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam memberi khidmat bantuan jalan raya, dan telah berkhidmat sebanyak lebih dari 1.5 juta pelangan di seluruh negara.
Bateriku.com kini mempunyai hampir 200 lokasi pitstop di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak. Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan kami melalui rakan kongsi kami yang dipercayai! Cari lokasi Bateriku.com berhampiran anda di bawah!
Tidak pasti bateri kereta yang mana sesuai untuk kenderaan anda? Klik di bawah untuk ketahu jenama dan jenis bateri yang bersesuaian!
Penghantaran bateri motor ke lokasi anda ialah perkhidmatan di mana bateri motor baharu dihantar terus ke lokasi anda tanpa mengira di mana anda berada. Perkhidmatan ini sesuai untuk sesiapa yang mempunyai masalah bateri motor dan tidak dapat meneruskan perjalanan untuk mendapatkan bantuan. Mudah dan senang!
Kami akan mengeluarkan bateri motor lama anda yang rosak dan menggantikan dengan bateri motor yang baharu. Kami menggantikan bateri motor anda di lokasi di mana anda berada, sejurus menjimatkan masa dan memudahkan anda dari menunda motor anda ke bengkel.
Kami menerima pelbagai kaedah pembayaran, termasuk wang tunai, kad kredit, kad debit, e-wallet, FPX, dan Paylater untuk pelan ansuran.
Kebiasaanya, penghantaran akan mengambil masa selama 30-60 minit selepas pegawai khidmat pelanggan kami menerima maklumat anda. Masa penghantaran dan pemasangan bateri motor bergantung pada lokasi anda. Secara lazimnya, juruteknik BHero akan menghubungi anda secepat mungkin. Namun adakalanya, waktu penghantaran mungkin terjejas oleh keadaan cuaca atau situasi yang tidak dijangka.
Bateriku.com menawarkan bateri motor jenama GGR by Bateriku, hasil kerjasama eksklusif antara GGR dan Bateriku untuk prestasi dan ketahanan terbaik.
Ya, hanya RM20 dikenakan untuk pemasangan bateri motor di lokasi anda.
Bateri motor lama anda boleh dikitar semula! Bateriku.com menawarkan perkhidmatan pengambilan dan pelupusan bateri lama secara mesra alam. Serahkan bateri motor lama kepada juruteknik BHero kami semasa penukaran bateri dan kami akan uruskan selebihnya.
Ya, semua bateri motor kami disertakan dengan jaminan. Tempoh dan terma bergantung pada jenis bateri motor. Semak status jaminan bateri kereta anda di sini.
Kami menawarkan rangkaian penuh bateri motor GGR by Bateriku, sesuai untuk pelbagai model motosikal dengan jaminan X bulan. Berikut adalah beberapa pilihan utama:
YTZ5:
Sesuai untuk Yamaha YZF-R125, YZF-R15, Kawasaki Ninja 250SL, KTM Duke 200.
YB5L-BS:
Sesuai untuk Honda CBR150R, Wave 125, Suzuki Smash 110, Yamaha Lagenda 110, Kawasaki KSR110.
YTZ7S-BS:
Sesuai untuk Honda Vario 125 / 150 / Elite, CRF230F / CRF250X, CBR 1000RR, PCX 150 / 125, Yamaha WR450F, NMAX155, NVX155, Suzuki Belang R150, Aprilia RS 450, KTM ATV, BMW G450, Yamaha XT225.
YTX7A-BS:
Sesuai untuk Honda ICON, CB250, VFR400, C8900F, Suzuki AN125, LTR450, Modenas ELIT 125, SYM Jetz 125 (termasuk beberapa model Yamaha).
YTZ8:
Sesuai untuk Yamaha MT-09, FZ-09, Kawasaki Z800, Ninja 650, Honda CBR500R.
Dengan pemasangan terus di lokasi berserta jaminan waranti, dapatkan bateri GGR yang sesuai untuk motosikal anda hanya di Bateriku!