/TIPS

Nak Tahu Cara Mudah Tukar Bateri Kereta? Baca Artikel Ini Sampai Habis!

Secara umumnya, jangka hayat sesebuah bateri kereta bertahan antara satu hingga dua tahun, bergantung kepada tahap penjagaan, penyelenggaraan dan bagaimana seseorang itu menggunakan keretanya.

Masalah berkaitan bateri kereta ‘kong’ adakalanya berlaku di saat tak terduga. Kadang-kadang waktu tengah sibuk atau memang perlu menggunakan kereta, barulah kita tahu bahawa bateri kereta sudah lemah. Jika keadaan ini berlaku, kebiasaanya pemilik kereta akan terus membeli di kedai kerana lebih selamat. Ada juga yang terus ke bengkel dan mengupah mekanik bagi kerja pemasangan bateri kereta.

Jika keadaan ini berlaku, kebiasaanya pemilik kereta akan terus membeli di kedai kerana lebih selamat. Ada juga yang terus ke bengkel dan mengupah mekanik bagi kerja pemasangan bateri kereta.Tetapi, apa jadi kalau bateri ‘kong’ di hujung bulan? Gaji pula belum masuk lagi. Pening kepala juga dibuatnya.

Menerusi artikel ini, kami akan kongsikan cara untuk anda pasang sendiri bateri kereta, supaya anda tak perlu pergi ke bengkel atau tunggu mekanik datang ke lokasi untuk menukar bateri kereta. Apatah lagi pada hari ini banyak perkongsian di laman sosial berkenaan kaedah do-it-yourself (DIY), termasuk bagaimana hendak menukar bateri kereta sendiri.

tukar bateri kereta

Tak ramai yang tahu sebenarnya, proses nak menukar bateri kereta ni mudah sahaja. Tetapi, anda perlu pastikan cara pemasangan yang betul kerana jika tersilap, ini akan menyebabkan litar atau ECU/ECM kereta anda akan terbakar. Punca litar terbakar boleh terjadi kerana bateri menghasilkan gas hidrogen sewaktu proses tindak balas kimia dan Engine Control Unit (ECU).

Malah, jika tersalah pasang juga, contohnya ketika proses mencabut wayar terminal bateri, percikan api boleh berlaku. Malah kereta juga boleh meletup dan menyebabkan kecederaan sekiranya ada kebocoran gas hidrogen daripada bateri kereta.

Untuk menukar bateri kereta, pastikan anda mempunyai peralatan wajib seperti di bawah:
1. Sarung Tangan
2. Spanar ‘T’
3. Spray Anti-Karat
4. Bateri Kereta
5. Screwdriver

Jika kesemua alatan dah cukup dan keadaan alternator kereta berfungsi dengan baik, jom teruskan cara-cara mudah menukar bateri kereta. 

Untuk pastikan keselamatan anda, pakai sarung tangan terlebih dahulu. Bukan apa, ini dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini, seperti terkena gas daripada bateri kereta yang bocor atau renjatan elektrik. Memakai sarung tangan juga dapat membantu anda membuka skru pada bateri kereta dan mengurangkan kekotoran pada jari. Adalah lebih baik jika anda turut memakai cermin mata, untuk mengelakkan percikan api.

1. Buka Bonet Hadapan

Langkah pertama, start enjin kereta terlebih dahulu. Guna jumper jika bateri kereta terlalu lemah atau mati. Kemudian, buka bonet hadapan kereta anda.

tukar bateri kereta

2. Cabut Bateri Kereta Yang Lama

Dengan menggunakan pengikat bateri, tanggalkan bateri kereta yang lama dengan berhati-hati. Keliru mana satu wayar yang perlu ditanggal terlebih dahulu?

Pertama, buka wayar daripada terminal negatif (-) terlebih dahulu, diikuti dengan wayar terminal positif (+), barulah anda boleh mengangkat keluar bateri kereta.

Kemudian, bersihkan kotoran, karat atau serbuk putih yang melekat pada cable clamp dengan menggunakan berus dawai.

tukar bateri kereta

3. Pasang Bateri Baru

Jangan lupa untuk menulis tarikh pada bateri baru supaya memudahkan anda mengetahui berapa lama ia telah digunakan. Pada bateri kereta yang baru itu, kenal pasti wayar positif yang kebiasaannya bewarna merah dan wayar negatif pula akan bewarna hitam.

Pasangkan wayar terminal positif dahulu, disusuli dengan wayar terminal negatif. Usah risau jika anda ternampak percikan api apabila kabel negatif bersentuh dengan terminal bateri negatif. Keadaan ini adalah normal!

Kemudian, ketatkan wayar clamp dan pasangkan semula pemegang bateri.

Dah siap! Mudah je kan?

tukar bateri kereta

Kalau nak lagi mudah, dapatkan bantuan segera Bateriku.comPemeriksaan, penghantaran dan pemasangan percuma dalam tempoh 30 minit, dengan liputan lebih 100 kawasan di seluruh negara. Hubungi Bateriku.com di talian 011-1600-600-8 atau muat naik aplikasi Bateriku.com untuk kemudahan di hujung jari.

Like the story? Share it.
Need Help Now?