/PEOPLE

Kenali pemandu lori syarikat bateriku.com

Pernahkah and terfikir, siapakah individu yang bertanggungjawab menghantar segala produk bateri syarikat ke lokasi-lokasi pitstop?
Kali ini, kami ingin menampilkan Muhammad Zainizam Bin Mahmud yang telah bersama Bateriku.com selama lebih dari satu tahun dan merupakan salah seorang pemandu lori syarikat Bateriku.com
Pemuda segak dan bergaya yang berasal dari Kelantan ini telah memulakan perjalanan beliau bersama Bateriku.com sebagai FL dan kemudiannya telah bertukar kepada pemandu lori Bateriku.com di TTDI, Shah Alam.
Image
Encik Zainizam berkata bahawa beliau sangat berpuas hati serta gembira saat diberi kepercayaan untuk menghantar produk-produk bateri di daerah Klang. Sepanjang perkhidmatan beliau, Encik Zainizam telah banyak mempelajari aspek-aspek urusan pergerakan syarikat khusus di dalam penghantaran dan juga pengendalian bateri.
Aktiviti penghantaran beliau adalah sebanyak dua hingga tiga kali penghantaran sehari dan penghantaran inventory bateri kereta yang paling banyak yang pernah dilakukan adalah dalam 150 hingga 200 bateri di dalam lori.
Encik Zainizam berharap agar beliau dapat terus memberikan yang terbaik kepada syarikat pada masa akan datang bag membentuk diri beliau sebagai individu yang tekun dan mahir di dalam industri automotif bateri.
Like the story? Share it.
Need Help Now?