/TIPS

Apa itu JIS dan DIN? Ini cara yang betul baca kod saiz bateri kereta

Meskipun dah bertahun memiliki kereta, ada satu perkara yang ramai pemilik masih teragak-agak untuk kenal pasti. Jangan terkejut jika kami katakan bahawa ramai pemilik kereta ‘pening’ untuk baca kod saiz bateri kereta yang sesuai dengan kereta mereka.

Untuk anda yang mungkin tak tahu apa-apa tentang bateri kereta, perkara ini pasti membuatkan anda keliru memandangkan kod bateri kereta yang pelbagai dan berbeza. Tapi, usah risau! Artikel ini akan mengupas cara yang betul untuk membaca kod bateri untuk menentukan saiz bateri yang tepat untuk kereta anda.

kenal bateri kereta

Kod Saiz Bateri Kereta

Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya kereta-kereta di Malaysia hanya menggunakan dua jenis kod saiz bateri kereta:

1. Japanese Industrial Standard (JIS)
2. Deutsches Institut für Normung (DIN)

Untuk kereta buatan Jepun dan Korea, kod saiz bateri yang biasa digunakan adalah JIS, manakala bagi kereta continental buatan Eropah pula menggunakan kod DIN.

Japanese Industrial Standard (JIS)

kenal bateri kereta

Sebelum ini, kod lama bagi JIS dikenali dan dibaca sebagai NS40, NS60 dan NS70. Namun kini ia sudah ditukar nama kepada 38B19L (NS40), 45B24L (NS60), 65B26L (NS70).  Inilah sebabnya mengapa ramai pemilik kereta berasa keliru apabila hendak menukar bateri kereta mereka.

Tak apa, jangan pening-pening. Kami terangkan cara baca kod baru JIS bateri kereta seperti di bawah:

kenal bateri kereta

a – Merujuk kepada spesifikasi prestasi bateri kereta. Nilai diambil dari bacaan prestasi dan kapasiti bateri (lebih tinggi bacaan prestasi adalah lebih baik).

b – Ini pula adalah saiz dimensi bateri kereta. Nilai lebar didarab dengan tinggi bateri dan dilabel dengan A, B, C, D dalam turutan kecil > besar.

c – Kepanjangan bateri kereta yang diukur dalam sentimeter (cm).

d – Kedudukan terminal positif (+) bateri kereta. (L adalah Left, R adalah Right).

Ketika anda ingin memilih bateri kereta, pastikan anda melihat kepada (b) dan (c) supaya saiz bateri muat dengan tapak bateri kereta anda. Ada juga kes dimana ada perbezaan dalam 1 cm (c) di antara kod JIS yang baru, namun biasanya ia tidak ada masalah.

Kalau anda mencari spesifikasi bateri yang terbaik, anda perlu lihat kepada nilai (a) yang lebih besar. Bagaimanapun ia tidak menjamin bateri anda akan bertahan lebih lama dari tempoh hayatnya.

Dalam masa yang sama, anda perlu memastikan kedudukan terminal positif bateri (d) juga sesuai dengan kereta anda. Sebagai contoh, kereta dari jenama Toyota dan Honda banyak menggunakan bateri dengan kod terminal L, manakala Proton pula menggunakan bateri dengan kod terminal R.

Masih pening cara nak baca kod bateri kereta?

Jangan risau, Bateriku.com kan ada! Hubungi sahaja talian 011-1600-6008 jika kereta anda tersadai di tepi jalan kerana masalah bateri.

Deutsches Institut für Normung (DIN)

kenal bateri kereta

Berbeza dengan JIS, ramai yang mengatakan kod DIN lebih mudah dibaca dan difahami. Ini kerana, nombor pada kod DIN merujuk kepada nilai Ah bateri kereta itu sendiri.

Contoh: DIN 66 bersamaan dengan 66Ah, DIN90 bersamaan dengan 90Ah. Jadi, jika anda memerlukan bateri kereta jenis DIN, anda hanya perlu membaca Ah bateri kereta anda dan beli DIN yang bersesuaian.

Diharap perkongsian kami kali ini dapat menyumbang manfaat berguna kepada anda!

Like the story? Share it.
Check warranty
Need Help?