/TIPS

Proton saga premium vs perodua bezza advance

CC SAMA TAPI PENGGUNAAN MINYAK TIDAK SERUPA! PROTON SAGA PREMIUM VS PERODUA BEZZA ADVANCE. TIPS DARIPADA BATERIKU.COM

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini mengumumkan data jualan kereta baharu di Malaysia setakat Mei 2021 yakni sebanyak 46,663-unit, penurunan sebanyak 11,249-unit atau 19.4% jika dibandingkan dengan jualan April 2021 sebanyak 57,912-unit.
Menurut MAA, antara faktor yang mengakibatkan kadar penurunan jualan tersebut termasuklah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) yang telah menyebabkan kilang pengeluaran dan bilik pameran tidak dibenarkan untuk beroperasi. Tambahan lagi, MAA turut menjangkakan penjualan bulan Jun 2021 juga akan lebih menyusut sekiranya tiada perubahan baharu dilaksanakan berkenaan dengan PKP 3.0 ini. Walaubagaimanapun, pengecualian cukai jualan yang pada mulanya akan berakhir pada 30 Jun 2021 telah dilanjutkan sehingga Disember 2021.
Di Bateriku.com, penambahbaikan berterusan senantiasa diutamakan dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk mendapatkan maklum-balas daripada pelanggan kami untuk sentiasa menambahbaik dan menambah nilai perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan satu tanjauan (survey) yang dijalankan bersama dengan pelanggan kesayangan kami di bateriku.com, ramai di kalangan mereka sedang aktif meninjau untuk mencari kereta terpakai atau kereta 2nd hand semenjak bermulanya PKP 3.0 ini. Medium pencarian mereka tertumpu kepada ‘Online’ menerusi blog-blog kereta terpakai ataupun melalui  laman sesawang kegemaran Netizen seperti Mudah.my.
Daripada maklumat yang telah kami terima, terdapat 2 jenis kenderaan yang menjadi tumpuan iaitu Perodua Bezza Advance (1.3) (BEZZA) dan Proton Saga Premium (1.3) (SAGA). Jadi izinkan kami di Bateriku.com untuk berkongsi sedikit sebanyak perbandingan yang kami harap dapat membantu para pembaca, terutamanya yang sedang berada di dalam dilema samada untuk memilih Proton Saga Premium ataupun Perodua Bezza Advance.

ENJIN

Apabila membicarakan perihal enjin, 2 perkara utama telah kami bandingkan diantara 2 model pilihan ramai ini, termasuk:-
  • Aplikasi enjin
  • Nisbah mampatan
 
Aplikasi Enjin
Bezza menggunakan enjin 1NR-VE iaitu enjin siri NR yang berasal dari Toyota. Enjin ini dipasang dengan teknologi dual-VVTi bagi membolehkan proses scavenging dan EGR berlaku. Scavenging berlaku dengan mengambil balik gas ekzos serta mengurangkan sesaran enjin dalam keadaan pemanduan santai. Semasa proses ini berlaku semakin kurang petrol dan udara dibakar.
Gas ekzos yang disedut semula berupaya menyejukkan suhu kebuk pembakaran dan mengurangkan kebarangkalian berlakunya fenomena knocking. Keadaan ini membolehkan enjin menggunakan nisbah mampatan yang lebih agresif sehingga 11.5:1.
Dari segi aplikasi enjin, perlu diketengahkan bahawa semakin tinggi kemampuan enjin untuk menghasilkan nisbah mampatan, semakin efisyen penggunaan petrol untuk kenderaan tersebut.
Saga pula menggunakan enjin SP4E DOHC yang dilengkapkan dengan mekanisme VVT. Dari segi turutan teknologi, VVT tertinggal 2 anak tangga berbanding dengan teknologi dual-VVTi. Berbeza dengan enjin 1NR-VE yang berupaya mengurangkan sesaran enjin dalam keadaan santai, enjin VVT SP4E hanya boleh mengubah pemasaan injap kemasukan sahaja. Itu pun hanya 2 langkah, on atau off saja.
Enjin ini hanya memiliki nisbah mampatan 10:1 berbanding kepada enjin Perodua Bezza Advance yang mencatat nisbah mampatan setinggi 11.5:1.
Tambahan lagi, Sekiranya enjin Proton Saga, SP42 DOHC cuba melebihi nilai 10, berkemungkinan akan mengakibatkan fenomena knocking dan pengguna perlu menggunakan RON 97 setiap masa.
Apa yang kita boleh rumuskan di sini ialah, enjin 1NR-VE adalah lebih efisyen jika dibandingkan dengan enjin SP4E dari segi aplikasi dual VVT-I dan juga nisbah mampatan.

SISTEM CASIS

Walaupun berada dalam kategori segmen A yang sama dan saiz lebih kurang sama, Bezza dan Saga mempunyai berat yang berbeza. Bezza hanya memiliki berat sekitar 930KG manakala Saga adalah seberat 1075KG. Umum mengetahui berat sesebuah kenderaan menentukan efisiensi penggunaan petrol yang diperlukan untuk menggerakkan kereta. Perbezaan berat sebanyak 145 KG diantara Bezza dan Saga adalah disebabkan lebih banyak pendakap besi dipasang kepada struktur cesi Saga membuatkannya ia lebih selesa dipandu terutamanya didalam perjalanan jarak jauh ataupun ketika menempuhi selekoh.

TEKNOLOGI START/STOP

Ia juga dikenali dengan nama teknologi eco idle di mana sistem ini akan mematikan enjin ketika di perhentian lampu isyarat dan menghidupkan semula enjin secara automatik apabila pedal minyak ditekan atau pedal brek dilepaskan. Aplikasi teknologi ini amat bersesuaian untuk menjimatkan petrol terutamanya di dalam trafik bandar dan di antara kedua model ini, hanya Bezza yang mengaplikasikan teknologi ini.

BATERI

Dari segi bateri, Perodua Bezza Advance menggunakan bateri bersaiz M42. Di Bateriku.com, kami menawarkan 3 produk bateri M42 iaitu Varta Blue EFB M42L (RM373.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM), Amaron Hi Life Duro M42L (RM31.00, 12 bulan waranti / 20,000 KM), dan Bosch Hightech EFB M42L (RM338.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM). Kesemua harga yang dimaklumkan adalah harga selepas penolakan harga bateri lusuh atau bateri lama sebanyak RM20.00.
Proton Saga Premium pula menggunakan saiz bateri yang lebih banyak dipasaran iaitu NS60R/L. Di Bateriku.com kami menawarkan 5 produk NS60R/L iaitu daripada jenama Eksklusif Bateriku.com, PLATIN (RM220.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM), Varta Black (RM253.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM), Amaron (RM243.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM), Century (RM230.00, 18 bulan waranti / 25,000 KM), XP (RM185.00, 12 bulan waranti / 20,000 KM).
Kesemua terma waranti produk Bateriku.com tertakhluk kepada tempoh pembelian atau catatan mileage kenderaan selepas pembelian atau mana-mana yang sampai terlebih dahulu.
Dengan bantuan waranti di seluruh Malaysia, sekiranya Bezza atau Saga anda menghadapi masalah di Perlis meskipun pembelian dan pemasangan dibuat di Kuala Lumpur, Bateriku.com menerusi wakil pengedarnya di Perlis akan tiba ke lokasi anda kurang daripada 30 minit untuk menyelesaikan masalah anda. Anda tidak perlu untuk membawa bateri tersebut ke Kuala Lumpur semula.
Tambahan lagi, pelancaran aplikasi mobil baru Bateriku.com turut menyediakan bantuan selepas pembelian selama 24 jam.
Muat turun aplikasi baru Bateriku.com di Google Playstore atau layari laman sesawang Bateriku.com di www.bateriku.com. Anda juga boleh menghubungi kami di talian Hotline 011-1600 6008.
logo-horz-footer.png

Bateriku aims to transform the automotive auto - assist industry by affectionately dominating the pulse of its’ business – Bateriku’s Customer’s Experience. Our edge rests in our 14 years of hands-on experience within the service industry and since day 1, we have been constantly and continuously finding ways to improve each and every aspect of our customer’s journey.

Copyright © 2021 Bateriku.com. All Rights Reserved.

Search