Bateriku.com

TIPS PENJAGAAN KERETA

Penjagaan kereta merupakan salah satu pengetahuan yang sangat penting bagi mengelakkan masalah ketika memandu. Kebanyakkan pemilik kereta hanya memberi tumpuan kepada luaran kereta mereka. Penjagaan kereta bukan sahaja dari segi luaran tetapi juga dari segi penjagaan komponen dalaman. Di sini kami berkongsi beberapa langkah penjagaan kereta untuk anda yang sudah lama ataupun yang masih baru memandu di jalan raya.

TAYAR KERETA

Adakah anda tahu bahawa tayar yang haus sering melibatkan kepada kemalangan di jalan raya? Tayar yang haus akan membawa kepada kesukaran untuk anda berhenti di jalan raya terutama pada waktu hujan dan juga berkemungkinan untuk pecah jika tidak di tukar di dalam tempoh yang sepatutnya.Jadi bilakah perlu anda menukar tayar kenderaan anda? Tayar kenderaan anda mempunyai bunga yang mempunyai takat tanda.

Jika ia bunga pada tayar kurang dari takat tanda, anda harus segera menukar tayar kenderaan anda. Pastikan anda memeriksa tayar kenderaan dengan kerap terutama ketia mengisi angin tayar. Di nasihatkan juga untuk sentiasa membeli tayar yang berkuali tinggi, kerana ia akan tahan lebih lama dan menjimatkan perbelanjaan anda di masa akan datang.

BATERI KERETA

Bateri kereta anda merupakan penghidup kepada segala komponen lain. Bersama alternator anda, jika tidak di servis atau di tukar, akan menyebabkan kesukaran menghidupkan kenderaan. Dan ini boleh berlaku di mana sahaja anda berada. Kami di Bateriku.com menawarkan servis penukaran bateri di serata Malaysia khas bagi pelanggan kami. Tidak kira anda di mana, kami akan datang memberi bantuan tidak lebih dari 30minit dengan penghantaran bateri kereta yang baru secara percuma. Mengikut cara penggunaan, Bateri kereta anda sememangnya mampu bertahan dari jangkaan 18 bulan hingga 2 tahun.

Walaupun begitu, ketika membuat penukaran, anda harus sentiasa bertanya akan tarikh bateri tersebut tiba di bengkel, kerana bateri yang sudah lama di simpan akan memendekkan lagi jangka hayat bateri tersebut. Tetapi anda jangan risau, kami di Bateriku.com memberi servis penukaran bateri kereta selama 24 jam sehari. Ingat bateri, ingat kami.

MINYAK ENJIN KERETA

Minyak enjin akan memastikan kenderaan anda berjalan dengan lancar tanpa bunyi yang menganggu dari enjin kereta. Terdapat tiga jenis minyak enjin yang harus anda ketahui. Pertama ialah bukan sintetik di mana ia harus ditukar setiap 5,000 KM. Kedua ialah minyak semi-sintetik, minyak ini boleh digunakan hingga 7,500KM manakala minyak sentetik penuh boleh digunakan hingga 15,000KM - 20,000KM.

Tahap penggunaan juga perlu di ambil kira sebelum membuat pemilihan atau penukaran kepada kereta anda. Pastian juga anda berhati-hati ketika membuat penukaran di bengkel kerana terdapat juga minyak tiruan, di nasihatkan anda membeli minyak enjin di stesen minyak dan juga dari penjual yang boleh dipercaya.

CECAIR TRANSMISI AUTOMATIK (AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID) KERETA

Sama seperti minyak hitam, adalah sangat penting bagi menukar ATF kenderaan anda bagi mengelakkan kerosakan komponen dalaman. Kegunaan ATF ini ialah bagi menggunakan auto gearbox. Cecair ini boleh ditukar selepas 30,000KM, tetapi jika lebih dari kadar ini, kerosakan sememangnya boleh berlaku, oleh itu sangat wajar bagi anda mengetahui kadar yang harus akan membuat penukaran ATF.

MINYAK GEAR KERETA

Minyak gear tidak perlu di tukar jika anda memandu kenderaan transmisi manual. Bagaimanakah untuk anda tahu bila perlu di tukar? Minyak gear harus di tukar pada setiap 40,000Km untuk kenderaan baru dan 20,000Km bagi kenderaan yang berumur lima tahun ke atas.

TALI SAWAT (TIMING BELT) KERETA

Lebih di kenali sebagai ‘Timing Belt’, kerosakan komponen ini akan membawa kepada enjin yang berjalan tetapi kenderaan tidak bergerak. Tambahan pula, jika timing belt anda putus di jalan raya, anda tidak akan berpeluang untuk susur ke ruang kecemasan kerana stering anda akan di kunci oleh kenderaan. Jika di dapati keadaan timing belt merekah dan terdapat bunyi nyaring, anda dinasihatkan untuk segera ke bengkel yang berdekan untuk ditukar.

BREK PAD KERETA

Jika akan merasakan kesukaran untuk menekan brek kereta dan ia selalu tergelincir ke hadapan pabila anda melakukan brek kecemasan, kemungkinan besar brek kereta anda sudah haus. Kehausan brek ini juga bergantung kepada cara pemanduan, jika anda seorang yang sentiasa menekan brek di jalan raya, kebarangkalian untuk anda menukarnya mungkin lebih awal dari jangka masa yang telah di tetapkan. Selain itu juga, kedengaran bunyi geselan apabila menekan brek juga berpunca dari kehausan brek. Jangka penukaran brek pad ialah 3 ke 4 tahun sekali manakala brek belakang akan dapat bertahan lebih lama berbanding brek di bahagian depan.

Berikut ialah beberapa tips penjagaan kereta bagi anda berkongsi bersama rakan-rakan anda. Kami di Bateriku.com merupakan pilihan roadside rescue dan battery car replacement yang utama di Malaysia. Servis kami berada di serata Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, jadi jika anda perlukan bantuan, hubungi kami dan dapatkan servis terbaik dari kami dengan harga yang murah dan berpatutan.

Random Image