Responden, penyelamat dan penyelesai masalah jalan raya.

Serlahkan Hero di dalam diri anda

Sebagai syarikat automotif yang menawarkan khidmat penukaran bateri serta bantuan jalan raya selama 24 jam sehari, Bateriku.com telah menawarkan servis berkualiti tinggi buat pengguna jalan raya sejak awal penubuhan pada tahun 2014. Pencapaian ini telah direalisasikan oleh Bateriku Hero kami yang terlatih secara profesional - atau BHero, seperti yang kami panggil mereka - yang sentiasa memberikan yang terbaik bukan sahaja untuk syarikat tetapi buat setiap servis yang dilakukan.

Siapakan dan apakah peranan BHero?

BHero merupakan juruteknik barisan hadapan kami yang sentiasa bersedia membantu pelanggan Bateriku.com yang mengalami masalah bateri kereta. BHero merupakan salah satu segmen ekosistem penting syarikat di dalam usaha untuk melebarkan lagi liputan servis penukaran bateri serta bantuan jalan raya Bateriku.com ke seluruh negara. 

Sentiasa bersedia untuk membantu - cepat dan cekap. Itulah peranan utama seorang HERO!

Tambahkan pendapatan dengan menjadi BHero

HERO sering diagung-agungkan tetapi tidak dibayar. Mengikut fahaman, kemuliaan adalah satu-satunya ganjaran. Ini sama sekali tidak benar dalam kes BHero kami. BHero kami akan sentiasa menikmati keistimewaan dan faedah yang hebat berdasarkan prestasi mereka. Dan sudah tentu, mereka juga akan berupaya untuk menjana pendapatan.
Bateriku

Menjana pendapatan sebagai BHero

Secara purata, BHero kami mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM4000 sebulan. Sebahagian daripada mereka juga telah memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Bantu lebih banyak dan dapatkan lebih banyak!
Bateriku

Latihan khas BHero

Kebanyakkan BHero kami merupakan professional di dalam pekerjaan mereka tetapi bersama Bateriku.com, skill mereka akan dipertingkatkan lagi dengan latihan dan juga praktikal yang disediakan oleh pihak Bateriku.com sebagai sebahagian dari kelebihan menjadi seorang Hero.
Bateriku

Masa pekerjaan fleksibel

BHero akan sentiasa berwaspada sepanjang masa, oleh sebab itu kami memberi mereka kelonggaran untuk menyusun waktu pekerjaan mereka di kawasan yang telah ditetapkan.

Anda berminat untuk menjadi seorang Hero? Sertai BHeroes Legion kami hari ini dan teruskan membaca untuk mengetahui selanjutnya!

Apakah kriteria yang kami cari dalam BHero kami?

01. Kejujuran dan Integriti

Ini adalah tonggak keperluan kami dan merupakan nilai utama yang dipraktikkan pada kesemua BHero kami. BHero hendaklah berkhidmat dengan jujur dan berintegriti.

02. Warganegara Malaysia

Pada ketika ini, BHero kami terhad kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 - 45 tahun sahaja.

03. Lesen Memandu Yang Sah

Melainkan anda boleh terbang dan mempunyai kekuatan seperti Superman, BHeroe kami perlu bergerak menjalankan servis dengan peralatan yang diberi. Oleh itu, lesen memandu yang sah di Malaysia adalah pra-syarat untuk menyertai BHero Legion kami.

icon-play-btn.png

Perjalanan BHero Bateriku.com

emui Hafiz, salah seorang BHero kami dan ketahui perjalanan beliau sebagai seorang Hero bersama Bateriku.com

Soalan Lazim

Perlukan maklumat lanjut? Semak soalan yang sering ditanya mengenai BHero kami.

01. Adakah terdapat sebarang yuran pendaftaran yang dikenakan oleh Bateriku.com kepada mereka yang ingin menyertai BHero?

Tidak pada masa ini. Bateriku.com tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran buat masa ini. Walau bagaimanapun, istilah ini mungkin berubah berdasarkan keperluan dan juga situasi. Kami akan mengeluarkan memo rasmi untuk sebarang perubahan yang dibuat.

02. Saya seorang wanita, bolehkah saya menyertai BHero Legion? Atau adakah ia hanya terbuka kepada lelaki?

Ya, anda juga boleh menjadi Hero. Kami tidak menghadkan Hero kami hanya kepada lelaki sahaja.

03. Berapa kerapkah program latihan BHero?

Setiap BHero kami dikehendaki menghadiri sesi latihan teori yang dianjurkan setiap hari Selasa dan Jumaat (kecuali pada cuti umum). Selepas itu, anda perlu melalui sesi praktikal amali untuk anda mengalami situasi sebenar di lapangan.

04. Adakah terdapat sebarang terma dan syarat dan/atau perjanjian yang dikenakan oleh Bateriku.com?

Ya, Bateriku.com akan menyediakan kontrak bertulis kepada bakal wira kami yang telah lulus latihan asas teori dan praktikal.

Sedia untuk menyertai BHero Legion?

Check warranty
Need Help?