/TIPS

5 Tips Jimat Minyak Bagi Kenderaan Anda

Kadar harga petrol akan sering berubah dari masa ke semasa. Perkara ini juga menyukarkan pengguna untuk menetapkan pebelanjaan tetap bulanan mereka. Oleh sebab itu, kami telah menyediakan beberapa tips bagi anda menjimatkan penggunaan minyak kereta anda.

Penyelenggaraan Kenderaan

Tahukah anda jika anda tidak menghantar kereta anda untuk melakukan servis penyelenggaraan pada tarikh yang di tetapkan, Komponen kereta anda mungkin tidak akan beroperasi dengan lancar. Ini bukan sahaja akan mendatangkan masalah kepada jangka hayat komponen malah ia juga memainkan peranan di dalam process pembakaran minyak di dalam kenderaan anda.

Image
Image

Periksa Tekanan Tayar Kenderaan Anda

Tayar yang kurang tekanan bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan, ia juga boleh menyebabkan peningkatan penggunaan minyak kenderaan sebanyak 5%. Pastikan anda mengetahui berapa tekanan yang di tetapkan bagi kenderaan anda di pintu masuk kereta serta membuat pemeriksaan satu kali setiap minggu.

Jangan Biarkan Engine Anda Hidup Bila Tidak Diperlukan

Adalah lebih baik untuk anda mematikan engine anda apa bila anda tidak bergerak lebih dari 30 saat. Langkah ini berkesan bagi menjimatkan penggunaan minyak. Kereta keluaran moden juga telah mengambil langkah di mana fungsi ‘Start-Stop’ di implimentasikan ke dalam sistem kenderaan. Bukan sahaja anda dapat menjimatkan minyak kereta anda, anda juga dapat menjaga jangka hayat engine kereta.

Image
Image

Ringankan Beban Kenderaan Anda

Mungkin ramai yang suka menyimpan barangan di dalam kereta, tetapi tahukah anda bahawa semakin berat kenderaan anda semakin kuat penggunaan minyak. Adalah dinasihatkan untuk anda hanya menyimpan barangan keperluan sahaja seperti peralatan kereta dan juga tayar gantian yang wajib berada di dalam pinyimpanan kereta anda.

Berikut ialah lima tips bagi anda menjimatkan penggunaan minyak kereta! Kongsikan kepada kami jika anda mempunyai cara lain yang mungkin lebih berkesan dan membantu.

logo-horz-footer.png

Bateriku aims to transform the automotive auto - assist industry by affectionately dominating the pulse of its’ business – Bateriku’s Customer’s Experience. Our edge rests in our 14 years of hands-on experience within the service industry and since day 1, we have been constantly and continuously finding ways to improve each and every aspect of our customer’s journey.

Copyright © 2021 Bateriku.com. All Rights Reserved.

Search