/TIPS

Ramai Yang Bercuti Panjang Sempena CNY? Jangan Lupa Bawa 5 Peralatan Wajib Ini Dalam Kereta

“Cuti panjang kali ni, rasanya nak bawa anak-anak berjalan. Dah lama tak ke utara… pekena nasi kandar, rojak sotong dan cendol pun best juga ni…”

Wah, nampaknya ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti panjang dengan meluangkan masa bersama keluarga sempena cuti Tahun Baru Cina. Mana tidaknya, perayaan Tahun Baru Cina jatuh pada 1 dan 2 Februari, iaitu hari Selasa dan Rabu. Pastinya ramai yang mengambil cuti pada Isnin, dan mula balik kampung atau merancang perjalanan sejak Sabtu dan Ahad.

Image

Biasanya lokasi yang menjadi tumpuan ketika cuti panjang adalah Pantai Timur atau Utara Semenanjung, dengan tarikan makanan yang sedap-sedap dan hotspot pelancong. Tetapi, dalam keseronokan nak bercuti tu, jangan lupa amalkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ya. Ingat, kita masih belum pulih sepenuhnya dari pandemik. Tujuan kita bercuti ni pastinya nak luangkan masa bersama orang yang tersayang, nak tenangkan minda dan ‘lari’ sekejap dari kesibukan bekerja.

Image

Satu cara penting untuk pastikan anda tak stress di kala percutian adalah dengan memastikan kereta anda sentiasa dalam keadaan baik Kalau dah sampai tarikh perlu servis kereta, jangan pula buat-buat lupa hanya kerana nak save bajet bercuti. Begitu juga kalau rasa kereta tak berapa sedap semasa memandu, cepat-cepatlah hantar ke bengkel buat pemeriksaan.

Jangan lupa periksa bateri kereta anda. Manalah tahu sebenarnya bateri anda dah ‘kong. Pasti terbantut mood percutian kalau tiba-tiba kereta mati dan tersadai di tepi jalan.

Image

Nak tukar bateri kereta? Bateriku.com sedia membantu anda.

Hubungi Bateriku.com di talian 011-1600-6008 atau muat naik aplikasi Bateriku.com untuk kemudahan di hujung jari.

Untuk perjalanan percutian yang lancar, kami nak sarankan anda bawa lima peralatan wajib ini di dalam kereta, supaya dapat membantu anda di waktu kecemasan.

Let’s check it out!

1. Tayar Spare

Jika anda memandu dengan bantuan aplikasi navigasi Waze, pastinya anda akan dibawa ke sesetengah laluan yang kurang dikenali. Anda pun mungkin tak boleh bayangkan keadaan jalan di situ sama ada baik atau tidak, ramai pengguna atau sebaliknya. Begitu juga dengan keadaan tayar.

Image

Katakanlah anda tak perasan anda memandu di jalan berlubang, kemudian tayar meletup dan kebetulan tiada siapa yang menggunakan jalan itu pada waktu anda kemalangan? Mesti panik kan? Jadi, make sure sebelum memulakan perjalanan, anda periksa keadaan tayar spare supaya ia dalam keadaan yang baik dan mempunyai tekanan angin yang mencukupi.

2. Pam Angin Tayar

Image

Untuk dimuatkan dalam bonet kereta, cari sahaja pam angin tayar yang bersaiz compact. Sekurang-kurangnya ia akan membantu keadaan tayar kereta yang tiba-tiba pancit sebelum anda sampai ke bengkel.

3. First Aid Kit

Selain menjadi keperluan di rumah, sebenarnya peti kecemasan juga wajib ada dalam kereta anda. Bak kata pepatah, malang ni tak berbau. Kita mungkin sudah memandu secara berhemah, namun mungkin tidak bagi pemandu yang lain. Kemalangan boleh berlaku tidak mengira masa dan tempat. 

Image

Jika keadaan ini terjadi, sekurang-kurangnya anda boleh merawat diri anda sendiri atau penumpang menggunakan peti kecemasan sebelum bantuan kecemasan tiba di lokasi. Kebiasaannya, first aid kit mempunyai plaster, bandage, kapas, gauze, gunting, iodine dan ubat-ubatan seperti Panadol dan Ponstan.

4. Multimeter

Ini juga antara ‘penyelamat’ penting di dalam kereta jika bateri kereta tiba-tiba bermasalah. Ada dua jenis multimeter yang boleh digunakan untuk menguji tahap kesihatan bateri kereta, iaitu analog dan digital. Namun, ramai yang menyarankan untuk menggunakan multimeter digital kerana lebih mudah untuk dibaca.

Image

Di bawah kami kongsikan cara menggunakan multimeter untuk memeriksa bateri kereta anda.

1. Setkan multimeter kepada Voltan 20 DC (arus terus)

2. Sentuh terminal bateri negatif (hitam) dengan jarum multimeter negatif (hitam)

3. Sentuh terminal bateri kereta positif (merah) dengan jarum multimeter positif (merah)

4. Nyalakan lampu utama untuk memberikan beban kuasa ke atas bateri

5. Periksa bacaan multimeter
i) Bateri dalam keadaan sihat jika bacaan adalah 12.5V ke atas
ii) Bateri dalam keadaan sederhana (75 peratus) jika bacaan adalah 12.3V
iii)Bateri dalam keadaan rendah dan perlu dicas (25 peratus) jika bacaan adalah 11.8V atau kurang.

Kalau kereta anda mati di tepi jalan kerana masalah bateri kong, dapatkan bantuan Bateriku.com. Pemeriksaan, penghantaran dan pemasangan percuma dalam tempoh 30 minit, dengan liputan lebih 100 kawasan di seluruh negara.
5. Emergency Triangle Reflector

Jika enjin kereta anda tidak dapat dihidupkan kerana masalah bateri atau overheat, letak segi tiga kecemasan ini supaya dapat memberi amaran kepada pemandu lain untuk memperlahan kenderaan. Ini dapat menyelamatkan nyawa anda dan penumpang.

Image

Adalah lebih baik jika anda turut mempunyai lampu suluh di dalam kereta jika kecemasan terjadi di waktu malam.

Jangan lupa pesan kami ya. Sentiasa berhati-hati di jalan raya dan selamat bercuti!

Like the story? Share it.
Need Help Now?